KOTA KUALA MUDA | KOTA KUALA MUDA, kota yang pernah menjadi tempat bersemayam Sultan Kedah. Kota ini terletak di pekan Kuala Muda berhampiran dengan Sungai Mas dan Kuala sungai Muda. Kota ini dikatakan dibina pada abad ke-17. Satu hipotesis dapat diandaikan bahasa Kota Kuala Muda dibina oleh Sultan Mohammad Jiwa (1710-1760). Kota Kuala Muda dibina sebagai pusat perniagaan dan pintu keselamatan di bahagian selatan negeri Kedah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
KAYU PELANTAK | Kayu pelantak ialah jentera peperangan yang digunakan di Zaman Purba dan Zaman Pertengahan untuk membuka sela di dinding atau pintu pagar istana kota dan bandar-bandar berkubu. Orang Assyria mahir menggunakannya | UMUM | |
MENARA BABEL | Menara Babel ialah menara di Babylon, iaitu kota di Mesopotamia purba. Ia berbentuk piramid yang berteres, iaitu reka bentuk yang dikenali sebagai ziggurat. Menara ini mempunyai tujuh tingkat berserta sebuah kuil kecil di atasnya. Orang Babylon menamakan menara ini Etemenanki, yang bermakna rumah asas syurga dan bumi. Babel ialah nama Ibrani bagi Babylon. Babylon bermakna pintu gerbang tuhan dalam bahasa Babylon. | UMUM | |
A FAMOSA | A Famosa, pintu gerbang yang dibina pada zaman penjajahan Portugis di Melaka pada tahun 1511. “A Famosa” dalam bahasa Portugis bermakna “yang terkenal” atau dalam bahasa Inggeris ialah “The Famous”. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangunan/Kota |
KERATON | KERATON, istana raja di jawa, Indonesia. Perkataan ini berasal daripada perkataan Hindu. Makna keraton yang lebih luas ialah kawasan kediaman keluarga diraja. Keraton biasanya didiami oleh raja sendiri dan keluarganya yang ada hubungan darah raja dan juga hamba raja. Dalam bahasa Jawa daerah, 'dalem benteng' bermaksud keraton yang dikelilingi oleh tembok batu yang tinggi seolah-olah `kota kecil' dalam kota seperti yang terdapat di keraton Yogyakarta dan Surakarta. Dalam kota kecil ini terdapat rumah kediaman, jalan, pintu gerbang dan sebagainya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
SENI BINA ISLAM | Seni bina Islam adalah salah satu bidang penting yang dikuasai oleh umat Islam. Ini terbukti dengan keupayaan para arkitek Islam membina pelbagai jenis bangunan yang mempunyai ciri-ciri keagamaan dan ilmiah seperti masjid, sekolah dan pondok. Contoh seni bina bercorak moden termasuk istana, rumah, hotel, pejabat kerajaan, agensi, hospital, air pancut dan jambatan; serta bangunan yang mempunyai ciri pertahanan seperti kota, kubu, tembok, pintu gerbang dan kem tentera. Setiap binaan mempunyai ciri dan peranannya yang tersendiri. Reka bentuknya berbeza berdasarkan masa dan keadaan setempat. | UMUM | |
MASJID KERSIK | MASJID KERSIK, salah sebuah masjid yang tertua di Patani, selatan Thailand. Masjid ini juga dikenal sebagai Masjid Pintu Gerbang. Masjid ini terletak di Kampung Kersik, lebih kurang 6 km dari bandar Patani. Masjid ini didirikan di halaman kota raja Patani pada masa pemerintahan raja-raja puteri Patani. Kampung Kersik dan kampung di sekitarnya seperti Kampung Bandar, Kampung Tanjuk Lulok dan Kampung Parit Marhum adalah antara kampung yang tertua di Patani dan pernah menjadi pusat kerajaan Melayu Patani pada abad ke-16 dan abad ke-17. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangunan/Kota |