TELUK MANILA | Teluk Manila ialah pintu masuk ke bandar raya Manila di Luzon, Filipina. Teluk ini menghala ke barat daya Laut China Selatan. Untuk lokasi, lihat Filipina (peta) . Teluk Manila adalah lebih kurang 65 kilometer panjang dan 55 kilometer lebar. Perairannya cukup dalam untuk kapal-kapal besar berlabuh. Terdapat dua pelabuhan di Cavite dan Manila. Pulau Corregidor yang berbatu-batan terletak di muara Teluk Manila. Beberapa peperangan sengit berlaku semasa Perang Dunia II (1939–1945) di pulau ini. Pulau ini diserang oleh tentera Jepun pada awal Perang Dunia II . Semasa Perang Sepanyol-Amerika (1898), sebuah armada Amerika di bawah pimpinan Komander George Dewey memusnahkan tentera Sepanyol dalam peperangan di muara Teluk Manila. Lihat juga Corregidor ; Semenanjung Bataan. | UMUM | |
SUEZ | Suez ialah bandar dan pelabuhan di Mesir. Ia terletak di pintu masuk bahagian selatan Terusan Suez dan di sepanjang Teluk Suez. Bilangan penduduknya berjumlah kira-kira 326 820 orang. Selepas pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 M. Suez muncul sebagai sebuah pelabuhan terunggul dan menjadi pusat perindustrian utama dan terbesar yang merangkumi perindustrian penapisan minyak petrol dan pemprosesan baja. | UMUM | |
TELUK MORETON | Teluk Moreton ialah serokan yang besar di pantai tenggara Queensland, Australia, kira-kira 29 kilometer dari Brisbane. Teluk Moreton mempunyai pelabuhan di Sungai Brisbane membentuk pintu masuk. Tiga buah pulau besar, iaitu Bribie, Moreton dan Stradbroke Utara mengelilingi sebahagian teluk ini. Pulau-pulau ini merupakan kawasan pelancongan yang terkenal. Pulau Stradbroke mempunyai mendapan mineral pasir yang penting. Pulau Moreton dikenali dengan bukit pasirnya, kadangkala ketinggiannya mencapai 275 meter. | UMUM | |
BENTAN | BENTAN, pulau yang terbesar di Kepulauan Riau, terletak di pintu masuk bahagian selatan ke Selat Melaka. Pulau Bentan dikelilingi oleh batu karang dan sepanjang pantainya mendatar tetapi lebih cerun di bahagian pedalaman hingga mencapai ketinggian 1340 m. Penduduk Bentan terdiri daripada Orang Laut dan mereka amat penting dalam bidang ekonomi di Sriwijaya, sebuah entrepot sekitar abad ke-7 M. Sebagai entrepot, Sriwijaya bertindak menghantar hasil-hasil laut ke pasaran Sriwijaya, mengawal jalan-jalan kapal daripada lanun dan menyediakan nakhoda dan pengemudi untuk kumpulan armada laut. Pada abad ke-13, kejatuhan kerajaan Sriwijaya menjadikan Bentan lebih bebas. Pada tahun 1323, Bentan menghantar dutanya ke China. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
MESSINA | Messina (pend. 255 890) ialah bandar ketiga terbesar di Sicily, sebuah pulau Itali di Laut Mediterranean. Bandar ini terletak di timur laut pantai Selat Messina (lihat Itali [peta politik]). Bandar ini adalah pintu masuk ke Sicily. Setiap hari, ribuan pekerja menaiki feri menyeberangi selat selebar tiga kilometer ini untuk ke tanah besar Itali. Messina merupakan pusat dagangan untuk eksport buah-buahan, wain, dan barangan lain. | UMUM | |
PULAU FRASER | Pulau Fraser juga dikenali sebagai Pulau Great Candy ialah pulau berpasir yang paling besar di dunia. Ia terbentang di sepanjang Teluk Hervey, di sebelah pantai tenggara Queensland, Australia, dan menjadi pelindung kepada pintu masuk pelabuhan Maryborough. Keluasan pulau ini lebih kurang 1550 kilometer persegi. Ia mempunyai banyak tasik air tawar. Tasik yang paling luas ialah Tasik Boemingen. Keluasannya lebih daripada 200 hektar. Sebahagian pulau ini merupakan hutan simpan yang mengandungi kira-kira 26 300 hektar hutan komersial. | UMUM | |
SKAGERRAK | Skagerrak ialah sebuah cabang Laut Utara. Skagerrak membahagikan Norway dan Sweden di utara dan memisahkan kedua-dua negara ini daripada Denmark di selatan. Nama ini sering kali dieja sebagai Skager-Rak atau Skagerrack. Skagerrak ialah lebih kurang 209 kilometer panjang. Cabang ini penting kerana menyambungkan Laut Utara dengan Kattegat. Dua selat terbentuk di pintu masuk Laut Baltik. Di sepanjang pantai Jutland, tidak terdapat pelabuhan yang sesuai untuk kapal berlabuh kerana pantai ini dipenuhi tebing pasir yang berbahaya. Tetapi di sepanjang Norway, 130 kilometer jauhnya dari situ, terdapat banyak pelabuhan yang baik. Untuk lokasi, lihat Eropah (peta). | UMUM | |
SEATTLE | Seattle (pend. bandar–516 259; kawasan metropolitan–1 972 961) ialah bandar raya terbesar di Washington, Amerika Syarikat. Bandar raya ini merupakan pusat pengeluaran, perdagangan, dan pengangkutan yang penting di Barat Laut Pasifik. Bandar raya ini terletak di pantai timur Selat Puget, kira-kira 200 kilometer dari Lautan Pasifik melalui Selat Juan de Fuca. Kedudukan Seattle telah membantunya menjadi pintu masuk ke Alaska dan Timur Jauh. Lebih kurang dua per lima penduduk Washington tinggal di kawasan metropolitan Seattle. | UMUM | |
KUALA SELANGOR | KUALA SELANGOR, pintu masuk ke negeri Selangor melalui laut dan asas permulaan negeri Selangor. Kuala Selangor terletak di sebelah pantai barat negeri Selangor. Daerah ini mendapat masa dari Sungai Selangor yang mengalir merentangi daerahnya dari arah timur laut ke barat daya menuju ke Selat Melaka. ‘Selangor’ dikatakan berasal daripada nama sejenis pokok iaitu ‘mentagau’ yang tumbuh liar dan banyak di kuala sungai itu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
EL PASO | El Paso, Texas, Amerika Syarikat (pend. 515 342; pend. kaw. met. 591 610) terletak di sempadan di antara Amerika Syarikat dengan Mexico dan menjadi pintu keluar masuk utama antara kedua-dua negara ini. | UMUM | |