Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj burung kecil, mentua pelanduk, Motacilla cinerea melanope; ~ anggerik sj burung kecil, kelicap berjambul, Yuhina zantholeuca interposita; ~ padang sj burung kecil, apit-apit, cak padang (tanah), lak padi, lancar-lancar, seri lancar, Anthus novaesee landiae malarensis; ~ padi = ~ uban sj burung kecil, cak padi, ciak, Munia maja maja; ~ pinang sj burung kecil, Munia punctulata fretensis; ~ rumah sj burung kecil, Passer montanus malaccensis; ~ tuli sj burung kecil, Munia striata subsquamicollis; ~ berperang dgn garuda prb orang kecil melawan orang besar; ~ bukan seeekor, jagung bukan sebatang prb jawaban utk me­nolak tuduhan tentang sesuatu kejahatan; ~ hendak jadi enggang prb ingin melakukan sesuatu yg melebihi kesanggupan; ~ meminang anak enggang prb orang kecil (hina) hendak meminang anak orang besar (mulia); ~ pekak makan berhujan prb sangat rajin; ~ menelan jagung prb orang miskin yg berlagak spt orang kaya akhirnya akan men­dapat kesusahan; ~ sama ~, yg enggang itu sama enggang juga = ~ sama enggang mana boleh terbang bersama prb a) perjodohan atau persahabatan akan sempurna kalau sama darjat; b) bergolong-golong mengikut taraf atau darjat masing-masing; ~ tuli makan berhujan, tak dihalau padi habis, hendak dihalau kain basah prb serba salah utk menyelesaikan pekerjaan yg sulit (jika diteruskan pun berbahaya); ~ yg makan padi, merbah terbawa rendong prb orang lain yg mendapat kesenangan, orang lain yg menanggung aki­batnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pipit I

Puisi
 

Burung pipit burung kedidi,
     Hinggap di pokok di tepi sawah;
Jika hidup tidak berbudi,
     Ibarat pokok tidak berbuah.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Yang enggang sama enggang juga,
     yang pipit sama pipit juga.

Bermaksud :

Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang, c. Yang pipit sama pipit, yang enggang, sama enggang).

 

Lihat selanjutnya...(20)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PIPIT

Pipit ialah nama bagi banyak burung biasa, kecil,

yang terutamanya berwarna perang, putih, dan

hitam. Namanya sparrow dalam bahasa Inggeris

berasal daripada perkataan Anglo-Saxon spearwa,

yang barangkali adalah istilah umum bagi burung

kecil. Pipit terdapat hampir di seluruh dunia.

Burung ini mempunyai paruh berbentuk kon dan

memakan terutamanya biji.

UMUM 
PIPIT PAGAR

Pipit pagar ialah burung yang hidup di Asia dan

Eropah. Ia juga dinamakan asentor pagar atau

dunnock. Ia adalah burung kecil montel yang

mempunyai paruh halus, bulu berwarna perang

berjalur hitam.

UMUM 
HIKAYAT TERUNG PIPITHIKAYAT TERUNG PIPIT, sastera lisan. Hikayat Melayu yang mempunyai pengaruh Jawa ini terkenal di sebelah utara Semenanjung, iaitu di Kedah dan Perlis.SASTERAKarya
LANG PIPIT UMUM 
DIKSISEL

Diksisel ialah burung bunting dalam famili

burung cakar dan pipit (lihat Bunting).

UMUM 
BURUNG WAXWING

Burung waxwing ialah sejenis burung yang

berbulu halus seperti sutera, berwarna perang

kekelabuan, bersaiz lebih besar daripada burung

pipit, dan mempunyai satu jambul yang jelas

dapat dilihat di atas kepalanya.

UMUM 
BUNTING SALJI

Bunting salji ialah burung bak burung pipit di

utara Amerika Utara.

UMUM 
SERUNAI

SERUNAI, alat muzik jenis tiupan berpipit. Alat muzik ini dikatakan ditiru daripada  serunai berpipit  kembar dari Timur Tengah yang dipanggil ‘Surnay’.  Serunai mempunyai pipit berlapis-lapis dan susunan pelidahnya mempunyai dua lapisan kembar sebanyak empat lapis.  Pelidahnya diperbuat daripada daun lontar atau daun thai yang dipanggil pipit.

BUDAYAAlat/Alatan
ORGAN TANGAN

Organ tangan ialah nama umum untuk

beberapa jenis alat muzik yang menghasilkan

muzik apabila pemainnya memutar hendalnya.

Jenis yang paling umum ialah <i> organ putar, i> atau

<i> organ piano, i> yang dimainkan oleh pemuzik jalanan.

Alat ini terdiri daripada sebuah kotak yang

mengandungi paip atau pipit lelidah logam dan

silinder, yang dikenali sebagai tong, di mana

pancang disusunkan. Apabila tong dipusing,

pancang akan membuka injap pada paip tertentu.

Putaran tersebut akan menyebabkan asakan masuk

udara ke dalam paip yang terbuka lalu

mengeluarkan muzik.

UMUM 

Kembali ke atas