ALAT MAIN PIRING HITAM | Alat main piring hitam ialah peranti yang mengeluarkan semula bunyi yang telah dirakamkan pada piring hitam. Alat main piring hitam juga dikenali sebagai gramofon atau peti nyanyi . Alat ini digunakan secara meluas bagi memainkan muzik rakaman untuk didengar dan ditarikan. Di samping muzik, orang ramai turut mendengar piring hitam untuk persembahan drama, pembacaan puisi, dan ucapan. Kebanyakan stesen radio menggunakan alat main piring hitam bermutu tinggi untuk memainkan piring hitam bagi siaran menerusi gelombang udara. | UMUM | |
MESIN SLOT | Mesin slot ialah alat yang berfungsi apabila duit syiling dimasukkan ke dalam slot khas. Duit syiling itu seterusnya akan memulakan mekanisme mesin. Terdapat banyak jenis mesin slot. Mesin layan diri menjual pelbagai barangan termasuk makanan seperti coklat dan makanan ringan. Sesetengah mesin layan diri menjual cecair seperti kopi atau teh panas. Peti muzik ialah mesin slot yang memainkan muzik pada piring hitam. | UMUM | |
BINTANG RADIO | BINTANG RADIO, pertandingan nyanyian tahunan yang popular di kalangan pendengar Radio Malaysia sebelum adanya siaran televisyen. Pertandingan ini diperkenalkan pada tahun 1956 dan ditamatkan pada tahun 1970. Tujuannya adalah untuk mencungkil dan memupuk bakat baru dalam bidang seni suara. Usaha ini juga menggalakkan lebih ramai penyanyi tempatan memperbaiki mutu seni suara untuk rakaman piring hitam atau persembahan di kelab malam. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |