Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.rit] | ڤيريت

Definisi : (Kim) sj bahan galian yg rapuh, berwarna kuning, dan digunakan dlm pembuatan asid sulfurik dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.rit] | ڤيريت

Definisi : ist sebatian logam berbentuk hablur, berwarna kuning, dan digunakan dlm pembuatan asid sulfurik dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pirit


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PIRIT

Pirit atau kadangkala dikenali sebagai “emas

palsu”, ialah sebatian besi dan sulfur, FeS. Nama

lain baginya ialah pirit besi. Pirit didapati di

banyak tempat dan sering disalah anggap sebagai

emas. Ia boleh dibezakan daripada emas dengan

memanaskannya. Emas tulen tidak akan bertindak

balas apabila dipanaskan, tetapi pirit akan berasap

dan mengeluarkan bau busuk.

UMUM 
TALIUM

Talium ialah unsur kimia yang diberi simbol Tl.

Unsur ini merupakan logam lembut kelabu

kebiruan yang kelihatan seperti plumbum.

Sebahagian besar talium diperoleh daripada pirit

besi. Dalam pirit besi, unsur ini wujud sedikit

sebagai bendasing. Talium juga terdapat dalam

mineral krookisit, hutchinsonit, dan lorandit. Sir

William Crookes, ahli sains Inggeris, menemukan

talium pada tahun 1861.

UMUM 

Kembali ke atas