MANDAR | MANDAR, kerajaan Bugis di Sulawesi Selatan, Indonesia. Sejak abad ke-16 lagi kerajaan ini menganggotai Persekutuan Kerajaan-kerajaan yang terdiri daripada beberapa buah kerajaan di wilayah pantai yang dikenal sebagai Pitu Babana Binanga dan beberapa buah kerajaan pergunungan yang disebut sebagai Pitu Ulunna Salu. Persekutuan ini telah diasaskan oleh Raja Balanipa yang bernama Tomepayung. Antara kerajaan yang menganggotai persekutuan ini termasuklah Mandar, Balanipa, Sendana, Baggae, Pamboang, Tappalang, Mamuju dan Binuang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |