Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pituitari


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELENJAR PITUITARI

Kelenjar pituitari ialah satu daripada kelenjar

yang paling penting dalam badan. Kelenjar ini

merembes beberapa hormon yang mengawal

pelbagai fungsi badan. Kelenjar pituitari adalah

kira-kira sebesar kacang pis dan terletak di bawah

otak berhampiran dengan pusat tengkorak.

Kelenjar ini dihubungkan oleh satu tangkai pendek

dengan hipotalamus, sebahagian daripada otak.

Kelenjar pituitari kadangkala dikenali sebagai

hipofisis.

UMUM 
ACTH

ACTH ialah kependekan bagi bahan kimia

adrenocorticotrophic hormone (hormon

adrenokortikotrofik). Hormon ini dihasilkan,

disimpan dan dilepaskan ke dalam darah oleh

kelenjar pituitari, organ sebesar kacang pis yang

terletak di pangkal otak. ACTH diperlukan untuk

pertumbuhan dan fungsi yang normal bagi

kelenjar adrenal, dua organ yang terletak di atas

ginjal. ACTH merangsang kelenjar adrenal untuk

mengeluarkan pelbagai hormon, termasuk

kumpulan yang dikenali sebagai glukokortikoid.

Glukokortikoid mengawal penggunaan makanan

yang dihadam dan membantu badan

menyesuaikan diri dengan tekanan.

UMUM 
DIABETES

Diabetes ialah nama dua penyakit yang

mempunyai gejala yang serupa, rasa dahaga

yang berlebihan dan pengeluaran air kencing

yang banyak. Diabetes biasanya merujuk kepada

diabetes melitus, yang merupakan penyakit

yang paling biasa, apabila tubuh tidak boleh

menggunakan gula secara normal. Dalam penyakit

yang satu lagi, diabetes insipidus, kelenjar pituitari

atau hypothalamus, satu bahagian daripada otak,

tidak berfungsi secara normal.

UMUM 

Kembali ke atas