PKMM | PKMM, parti politik. PKMM ialah singkatan Parti Kebangsaan Melayu Malaya. Parti ini ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak. Penubuhannya ditaja oleh Parti Komunis Malaya yang cuba mencari pengaruh di kalangan orang Melayu yang memang menolak ideologi komunisme selama ini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
AWAS | AWAS, pertubuhan sayap kiri, Bahagian Wanita, Parti Kebangsaan Melayu Malaysia (PKMM), AWAS ialah singkatan Angkatan Wanita Sedar. Parti ini ditubuhkan pada tahun | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
BATAS | Batas, cawangan daripada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). BATAS ialah singkatan Barisan Tani SeMalaya, ditubuhkan selepas penubuhan Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) sekitar tahun 1947. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
DAHARI ALI | DAHARI ALI (1932-1986), wartawan dan Setiausaha Agung Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang pertama. Dia lahir pada 3 Jun 1932 di Ipoh, Perak. Nama penuhnya ialah Mohamed Dahari bin Haji Mohamed Ali. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Anderson, Ipoh, Perak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ANGKATAN WANITA SEDAR | Angkatan Wanita Sedar, pertubuhan wanita Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Angkatan Wanita Sedar atau akronimnya AWAS ditubuhkan pada tahun 1946 dan diketuai oleh Aishah Ghani, wartawan akhbar Pelita Malaya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PRM | PRM, parti politik. PRM ialah singkatan Parti Rakyat Malaya. Parti ini ditubuhkan pada 11 September 1955 di Kuala Lumpur. Rancangan penubuhan parti ini dibuat setelah beberapa buah parti kiri lain yang menentang dan menuntut kemerdekaan daripada British seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Hizbul Muslimin dan Parti Komunis Malaya (PKM) diharamkan pada tahun 1948. Berikutan pengharaman ini, lebih 12 000 orang anggota dan pemimpin yang memperjuangkan kemerdekaan telah ditangkap. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
MOKHTARUDDIN LASSO | Mokhtaruddin Lasso (?-?), kader Parti Komunis Malaya dan pengasas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PELITA MALAYA | PELITA MALAYA, akhbar harian. Akhbar ini diterbitkan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk menggantikan akhbar Suara Rakyat yang diterbitkan di Ipoh, Perak sebelum itu. Naskhah pertama akhbar ini diterbitkan pada 4 Mac 1946. akhbar bertulisan Jawi ini mempunyai moto perjuangannya. ‘Menuju kebenaran, perdamaian dan kemerdekaan bangsa’. Akhbar ini mempunyai empat halaman dengan harga 10 sen senaskhah. Penerbitnya beralamat 79, Jawa Street dan pencetaknya ialah Tai Chong Press, No. 6, Ampang Street, Kuala Lumpur. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
LEMBAGA PENDIDIKAN RAKYAT | LEMBAGA PENDIDIKAN RAKYAT, badan pengurus sekolah-sekolah rakyat atau ringkasnya LEPIR. Selepas Perang Dunia Kedua, masyarakat Melayu aktif dalam kegiatan politik namun aspek pendidikan lebih diutamakan ke arah memperjuangkan kelangsungan hidup bangsa Melayu. Misalnya, parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) mengambil inisiatif menubuhkan Derma Pelajaran UMNO, dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pula memilih salah satu daripada tunggak perjuangannya untuk mendirikan sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |