Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[plang.ton] | ڤلڠکتون

Definisi : sj benda halus (organik) yg terapung­apung di air (menjadi makanan ikan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[plang.ton] | ڤلڠکتون

Definisi : organisma (tumbuh-tumbuhan, haiwan) halus yg terapung di air dan penting utk makanan ikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata plankton


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PLANKTON

Plankton ialah longgokan organisma halus yang

terampai pada atau berhampiran permukaan lautan,

tasik, dan kawasan berair lain. Perkataan plankton

berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud

pengembaraan . Sebahagian organisma plankton

boleh berenang, tetapi tidak cukup kuat untuk

mengelak daripada dibawa arus.

UMUM 
SHAD

Shad ialah nama bagi beberapa spesies ikan bak

hering. Shad membesar sehingga kira-kira 60

sentimeter panjangnya dan beratnya lebih

daripada satu kilogram. Shad Amerika ialah ikan

makanan yang popular. Ia hidup di sepanjang

Pantai Atlantik di Amerika Utara, dari

Newfoundland hingga ke Florida. Ia memakan

plankton (organisma laut mikroskopik),

terutamanya krustasea yang dinamakan kopepod.

Shad ditangkap dengan jala semasa ia berhijrah

ke hulu sungai untuk bertelur. Sesetengah shad

dimakan sebagai ikan salai. Telurnya dimakan

sama seperti kaviar. Shad twaite hidup di laut di

Eropah. Ia dinamakan ikan mei kerana ia berhijrah

ke hulu sungai pada bulan Mei setiap tahun.

Sesetengahnya hidup di tasik yang dikelilingi

daratan dan tidak berhijrah.

UMUM 
KIMA

Kima ialah haiwan berbadan lembut yang ditutupi

dengan cangkerang pelindung. Kima hidup di

dasar lautan, tasik dan anak sungai di banyak

bahagian di dunia. Ia memakan organisma air

yang halus yang dikenali sebagai plankton.

UMUM 

Kembali ke atas