Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[plas.ter] | ڤلستر

Definisi : 1. campuran kapur, pasir, simen dan air yg menjadi keras apabila kering utk melapis dinding, (siling dsb), lepa, turap; 2. = ~ paris sj serbuk putih yg mengeras apabila dicampur dgn air, biasanya digunakan utk membuat acuan, birai hias, membebat tulang yg patah dsb, kapur paris; 3. sejalur bahan drpd kain dsb yg berperekat dan berubat utk menampal luka pd kulit; memplaster menyapu atau menyalut dgn plaster (campuran simen, pasir, kapur dan air), melepa: kerja ~ tembok rumah itu hampir selesai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[plas.ter] | ڤلستر

Definisi : 1 campuran kapur, pasir, air dll utk melapisi dinding batu dsb. 2 kepingan kecil kain dsb yg berperekat dan berubat, digunakan utk menampal luka dll. memplaster menyapu atau menyalut dinding dsb dgn plaster (campuran kapur, air dll); melepa: Dia memang mahir dlm kerja ~ dinding. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata plaster


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PLASTER PARIS

Plaster Paris ialah serbuk berwarna putih yang

menjadi keras dalam masa beberapa minit apabila

dicampurkan dengan air untuk membuat perekat.

Plaster ini digunakan untuk membuat bentuk arca

yang kecil, membuat acuan pembedahan, dan

kegunaan lain.

UMUM 
STUKO

Stuko ialah bahan seperti plaster yang digunakan

pada bahagian luar dinding. Ia membentuk

penutup perlindungan yang keras. Stuko biasanya

terdiri daripada campuran pasir, air, dan simen.

Pekerja lazimnya menyapukan tiga lapis dengan

menggunakan kulir. Stuko boleh disapu dalam

banyak kemasan dan warna.

UMUM 

Kembali ke atas