PLATINUM | Platinum ialah unsur kimia dengan simbol Pt. Ia adalah logam yang berharga, berwarna putih perak yang lebih bernilai daripada emas. Nombor atomnya ialah 78 dan berat atomnya ialah 195.08. Platinum adalah satu daripada bahan yang diketahui paling berat. Kuantiti platinum yang diketahui beratnya lebih kurang 21 kali ganda berat kuantiti air yang sama. | UMUM | |
PALADIUM | Paladium ialah unsur kimia dengan simbol Pd. Ia ialah logam lembut, berkilat, berwarna putih keperakan. Paladium adalah satu daripada enam logam platinum, dan agak nadir (lihat Platinum). | UMUM | |
AKUA REGIA | Akua regia ialah campuran asid nitrik dan asid hidroklorik. Ia penting dalam kaji logam dan kimia kerana ia melarutkan logam seperti platinum dan emas. | UMUM | |
RENIUM | Renium ialah unsur kimia dengan simbol Re. Ia adalah logam nadir, mahal, berwarna putih keperakan. Ia didapati sedikit dalam mineral seperti gadolinit , dan molibdenit . Renium mempunyai satu daripada takat lebur yang paling tinggi antara unsur kimia. Oleh kerana ini ia tahan terhadap suhu tinggi. Tenium adalah bahan yang berharga dalam aloi (campuran logam) tertentu. Ia kadangkala dicampurkan dengan tungsten atau platinum untuk membuat kelengkapan elektrik tahan panas. Ia juga digunakan untuk membuat filamen (dawai halus) untuk alat yang dikenali sebagai spektrometer , yang digunakan untuk mengukur jisim atom dan molekul yang bercas. | UMUM | |
TITANIUM | Titanium ialah unsur kimia dengan simbol Ti : Ia adalah logam yang ringan, berwarna kelabu perak. Nombor atomnya ialah 22, dan berat atomnya ialah 47.88. Ketumpatan titanium adalah antara ketumpatan aluminium dengan keluli tahan karat. Ia melebur pada 1667 ° C ( _ 10 ° C) dan mendidih pada 3287 ° C. Titanium tahan terhadap kakisan atau karat air laut atau udara laut dan juga sebaik platinum dan lebih baik daripada keluli tahan karat. Banyak asid dan alkali yang mengakis tidak menjejaskan titanium. | UMUM | |
METER | Meter ialah unit asas panjang dalam sistem metrik Simbolnya ialah m. Satu meter bersamaan dengan 39.37 inci. Ahli sains mentakrif meter sebagai jarak perjalanan cahaya dalam vakum dalam 299 792 458 sesaat. Dari tahun 1960 hingga 1983, panjang meter ditakrif sebagai 1 650 763.73 panjang gelombang cahaya merah-jingga dari isotop kripton-86, yang diukur dalam vakum. Standard ukuran ini menggantikan bar meter platinum-iridium. Lihat juga Sentimeter. | UMUM | |
SIRI GERAK ELEKTRIK | Siri gerak elektrik, juga dinamakan siri elektrokimia atau siri aktiviti, ialah senarai logam dan hidrogen berhubung dengan kecenderungannya untuk kehilangan elektron semasa tindak balas kimia. Logam yang lebih mudah kehilangan elektron daripada hidrogen disenaraikan sebelum hidrogen dalam siri ini. Logam yang kurang mudah kehilangan elektron daripada hidrogen mengikut hidrogen dalam senarai siri yang berikut adalah tertib yang sesetengah biasanya untuk digunakan dalam siri gerak elektrik: kalium, kalsium, natrium, magnesium, aluminium, zink, besi, nikel, timah, plumbum hidrogen, tembaga, merkuri, perak, platinum, emas. | UMUM | |
SUMBI GIGI | Kapsyen : Sumbi gigi SUMBI GIGI, penambal gigi yang rosak atau gigi tambahan atau buatan. Sumbi gigi memainkan peranan penting dalam penjagaan gigi di samping mengemas dan mencantikkan gigi. Sumbi gigi juga boleh berfungsi sebagai susuk pemanis. Pada mulanya sumbi gigi ini dibentuk menggunakan logam seperti tembaga, perak dan emas. Lama-kelamaan ada sesetengah masyarakat elit menempah sumbi gigi menggunakan logam platinum, kerana lebih mahal, kuat dan kelihatan berkilat apabila seseorang itu senyum atau ketawa. Dengan kata lain, sumbi gigi tidak lagi menjadi penutup bagi gigi yang rosak, sama ada berlubang atau rapuh tetapi mula enjadi penghias wajah pemakainya. | BUDAYA | Alat/Alatan |