PLATO | Plato (427?–347? S.M.) ialah ahli falsafah dan pendidik Yunani purba. Dia dikenali sebagai salah seorang ahli fikir dan penulis terkemuka dalam sejarah budaya Barat. | UMUM | |
ATLANTIS | Atlantis ialah sebuah benua legenda yang dipercayai telah tenggelam ke dalam Lautan Atlantik beribu-ribu tahun dahulu. Atlantis mula- mula dikenali pada tahun 300-an S.M. dalam Critias dan Timaeus , dua buah karya ahli falsafah Yunani, Plato. Menurut Plato, satu tamadun yang gemilang pernah wujud di Atlantis. Tetapi, penduduknya menjadi jahat dan tamak, dan dewa telah menghukum mereka. Dalam masa sehari semalam letupan yang dahsyat menggegarkan Atlantis, dan benua itu pun tenggelam ke dasar lautan. | UMUM | |
SAPPHO | Sappho ialah penyair wanita Yunani yang hidup pada tahun 600 S.M. Plato menamakannya sebagai Tenth Muse , dan dia dianggap penyair wanita terpenting dunia yang pernah diketahui. Daripada karya puisinya, hanya dua puisi lirik yang pendek dan beberapa baris yang masih wujud, yang dipetik oleh pengkritik dan pakar tatabahasa. Ini menunjukkan emosi yang hebat tetapi terkawal dalam bahasa yang nampak seperti semula jadi. Puisi-puisi kemudiannya, terutama puisi oleh penyair Yunani Catullus dan Horace, meniru pola irama khusus Sappho, yang dikenali sebagai Sapphic . Sappho tinggal di Mitylene (kini Mitilini) di Pulau Lesbos, menjadi ketua kepada sekumpulan wanita muda yang menjadi pengikutnya. Dia berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Cleis. | UMUM | |
PLOTINUS | Plotinus (205?–270?) merupakan pengasas ilmu falsafah Yunani yang dikenali sebagai Neoplatonisme . Dia mengembangkan Neoplatonisme berdasarkan falsafah Plato (lihat Neoplatonisme ). Plotinus menyatakan bahawa dunia kebendaan adalah tidak benar, politik merupakan sesuatu yang remeh-temeh, tubuh adalah penjara sementara bagi rohani dan kehidupan ini adalah pengembaraan melalui khayalan. Kebenaran berada jauh sendirian dalam kesempurnaan. ‘ The One’ merupakan suatu sumber untuk semua kebenaran, kebaikan dan keindahan. Plotinus menyatakan bahawa jiwa yang suci akan dapat kembali ke sana. Kadangkala ia kembali sebagai suatu yang menakjubkan. Plotinus percaya dia pernah mengalami visi tersebut. | UMUM | |
NEOPLATONISME | Neoplatonisme ialah aliran falsafah yang paling berpengaruh dari tahun 200-an M. hingga tahun 500-an M. Neoplatonisme, yang bermaksud Platonisme Baru , diasaskan daripada falsafah Plato. Ia menyerapkan unsur pemikiran Pythagorean, Aristoteles, dan Stoik. Plotinus ialah pengasas Neoplatonisme. Ahli Neoplatonisme terkemuka yang lain termasuk pengikut Plotinus, Porphyry dan Proclus. | UMUM | |
ARISTOTLE | Aristotle (384–322 S.M.), ahli falsafah, pendidik, dan ahli sains Yunani yang merupakan salah seorang ahli fikir yang paling agung dan paling berpengaruh dalam budaya Barat. Aristotle mungkin seorang ahli falsafah Yunani klasik atau purba yang paling terpelajar dan paling berilmu. Dia membiasakan dirinya dengan keseluruhan pembangunan pemikiran Yunani sebelum zamannya. Dalam tulisannya, Aristotle mempertimbangkan, meringkaskan, mengkritik, dan seterusnya mengembangkan kesemua tradisi intelek yang kaya yang diwarisinya. Aristotle dan gurunya Plato biasanya dianggap sebagai dua orang ahli falsafah Yunani purba yang paling penting. | UMUM | |