Peres, Shimon (1923– ), berkhidmat sebagai perdana menteri Israel dari bulan September 1984 hingga Oktober 1986 dan dari bulan November 1995 hingga Januari 1996. Pada tahun 1993, dia dilantik sebagai menteri luar di bawah pemerintahan perdana menteri Yitzhak Rabin. Dia memainkan peranan penting dalam usaha mencapai kedamaian antara Israel dengan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Peres, Rabin, dan ketua PLO, Yasir Arafat, berkongsi Hadiah Nobel Keamanan 1994 kerana usaha mereka untuk mewujudkan keamanan di Timur Tengah. |