Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[plot] | ڤلوت

Definisi : jalan cerita (dlm novel, filem, drama dsb): adakah ~ dan perwatakannya baik? Adakah buku itu mempunyai nilaian yg kekal? memplotkan membentuk (menghubungkan) peristiwa-peristiwa dlm sesebuah cerita (novel, sandiwara dll) yg rapat pertaliannya dgn watak dlm cerita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[plot] | ڤلوت

Definisi : ; memplot (Mat) 1. menandakan titik­titik pd graf; 2. melukis melalui titik-titik graf; pemplot (Komp) peranti output yg melukis lukisan atau graf pd kertas secara automatik dgn menyambungkan titik-titik data satu per satu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[plot] | ڤلوت

Definisi : jalan atau jalinan sesuatu cerita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[plot] | ڤلوت

Definisi : ; memplot menandakan titik-titik pd sesuatu graf mengikut koordinat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
plot (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan jalan cerita, jalinan cerita, rancangan cerita.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RACINE, JEAN

Racine, Jean (1639–1699) adalah antara penulis

drama Perancis yang teragung. Dia menulis pada

Zaman Klasikal Perancis dan mematuhi kebiasaan

klasikal untuk penggubahan, termasuk

penggunaan plot tunggal yang padat. Ciri seninya

yang unggul adalah kesederhanaannya.

Perbendaharaan kata dalam dramanya adalah

terhad dan plot ceritanya tidak banyak aksi.

UMUM 
NOVEL GOTHIK

Novel Gothik ialah jenis fiksyen yang popular di

England pada akhir tahun 1700-an dan awal tahun

1800-an. Plot novel Gothik termasuk peristiwa

misteri dan luar biasa yang bertujuan untuk

mengejutkan atau menggerunkan pembaca.

Ceritanya disebut Gothik kerana kebanyakan cerita

berlaku di istana yang suram dan kelam yang dibina

mengikut seni bina Gothik pada Zaman

Pertengahan.

UMUM 
ANTONIONI, MICHELANGELO

Antonioni, Michelangelo (1912– ) ialah

pengarah filem Itali. Dia mula terkenal dengan

kaedah pengarahannya yang menekankan simbol

visual berbanding dengan plot dalam sesebuah

filem. Filem Antonioni yang disanjung, L’Avventura

( The Adventure , 1960) dan La Notte ( The Night , 1960)

menceritakan kisah orang yang hilang pedoman

hidup walaupun berjaya dari segi kewangan.

UMUM 
SONDHEIM, STEPHEN

Sondheim, Stephen (1930– ) ialah

penggubah dan penulis lirik Amerika yang terkenal

dengan komedi muzikalnya. Sondheim popular

melalui lirik yang lucu tetapi bijaksana, melodi

yang kompleks, dan plot yang canggih. Dia

memenangi Hadiah Pulitzer pada tahun 1985, untuk

drama Sunday in the Park with George (1984).

Dia memenangi Academy Award untuk lagu

“Sooner or Later” daripada filem Dick Tracy (1990).

UMUM 
DOSTOEVSKY, FYODOR

Dostoevsky, Fyodor (1821–1881) merupakan

salah seorang penulis paling terkemuka dalam

kesusasteraan Rusia. Hasil karya Dostoevsky yang

terbaik ialah novel tentang idea yang mengandungi

watak hebat. Watak yang bersifat individu dan

kompleks biasanya menghasilkan plot yang

dramatik. Tema novelnya ialah persaingan hebat

antara watak baik dengan jahat yang mencuba mempengaruhi jiwa manusia.

UMUM 
OATES, TITUS

Oates, Titus ( 1649–1705) ialah pelampau

Protestan Inggeris. Pada tahun 1678, Oates mereka

cerita tentang rancangan orang Katolik Roman

untuk membunuh Raja Charles II dan menghancurkan

Protestanisme. Oates mengakui bahawa dia

mengetahui konspirasi yang dikenali sebagai Plot

Popish , yang dirancang, katanya, oleh sekumpulan

paderi Jesuit. Oates menjadi wira kerana

mendedahkan rancangan sedemikian, dan ramai

orang Katolik ditangkap dan sesetengahnya

dibunuh. Tetapi, pada tahun 1685, dia telah

didakwa kerana membuat sumpah bohong, dan

telah dikenakan denda serta dipenjara. William III

membebaskan Oates pada tahun 1689 dan

memberinya pencen. Oates lahir di Oakham,

England, di kaunti yang kini dikenali sebagai

Leicestershire.

UMUM 
SCOTT, SIR WALTER

Scott, Sir Walter (1771–1832) ialah penulis

romantik Scotland. Dia menulis novel sejarah yang

dipopularkan dalam satu siri karya yang panjang

dikenali sebagai Novel-novel Waverley . Dalam

novelnya seperti Ivanhoe, The Heart of

Midlothian , dan The Talisman , Scott

menunjukkan kebijaksanaannya yang unik

mencipta sejarah sosial. Dia mengatur plot dan

watak dalam karyanya supaya pembaca dapat

menyelami kehidupan kedua-dua golongan

bangsawan dan golongan biasa yang terdapat

dalam perubahan sejarah yang ganas dan

dramatik.

UMUM 
PLAUTUS

Plautus (254?–184 S.M.) ialah penulis komedi Rom

yang penting. Dramanya merupakan versi Komedi

Baru Yunani yang menekankan pemuda yang

mencintai hamba perempuannya, kekeliruan

identiti, orang gaji yang licik, dan tuan yang

terpedaya. Plautus menggabungkan unsur komedi

Itali dengan jenakanya yang riang gembira. Teknik

pembinaan plot yang bijak dan perwatakan, tidak

membimbangkannya kerana dia hanya

menghasilkan komedi yang penuh gelak ketawa.

Dia pakar dalam dialog, menulis tentang

kehidupan yang penuh kata-kata, ungkapan cinta,

dan penganiayaan.

UMUM 

Kembali ke atas