Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[plum] | ڤلوم

Definisi : sj tumbuhan (pokok) yg buahnya ber­bentuk bujur atau bulat, berbiji keras dgn isinya lembut dan masam-masam manis, Prunus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[plum] | ڤلوم

Definisi : beberapa jenis pokok renek atau buahnya (buahnya berkulit licin dan boleh dimakan), Prunus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata plum


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PLUM PANTAI

Plum pantai ialah pokok renek liar yang

mengeluarkan buah yang boleh dimakan seperti

buah plum kecil. Ia tumbuh di pantai berpasir di

Lautan Atlantik dari Maine hingga ke Victoria,

Amerika Syarikat.

UMUM 
PLUM

Plum ialah buah yang popular yang dimakan

segar atau digunakan untuk membuat jem, jeli dan

jeruk. Sesetengah jenis plum dikeringkan untuk

dibuat prun (lihat Prun ).

UMUM 
PRUN

Prun ialah plum manis yang telah dikeringkan.

Pengeringan menjadikan rupa prun berkedut-kedut.

Plum yang terutamanya sesuai untuk dikeringkan

dikenali sebagai plum prun. Prun mempunyai

kandungan besi dan vitamin yang tinggi.

UMUM 
SLO

Slo, juga dikenali sebagai blackthorn, ialah pokok

renek yang berduri, bercabang yang berkaitan

dengan plum. Ia tumbuh di Eropah, Asia Tengah,

dan bahagian timur Amerika Utara. Bunganya

berwarna putih dan buahnya kecil berwarna hitam.

Buahnya kurang daripada 13 milimeter

diameternya dan digunakan untuk membuat wain,

jem, jeruk, dan pewarna. Gin slo adalah arak samar

yang diwarnakan dan diperisakan dengan slo.

Dahan slo digunakan untuk membuat tongkat dan

pemegang alat.

UMUM 

Kembali ke atas