PNEUMATIK | Pneumatik adalah cabang ilmu fizik yang mengkaji kandungan gas terutama udara. Para jurutera menggunakan pneumatik dalam mereka alatan dan mesin yang menggunakan kandungan gas. Lihat juga Gas (jisim) ; Pam; Perkakas pneumatik. | UMUM | |
PERKAKAS PNEUMATIK | Perkakas pneumatik ialah sejenis peralatan kuasa yang digerakkan oleh pemampat udara. Ia mempunyai pelbagai kegunaan. Contohnya, ia digunakan oleh doktor gigi untuk membuang bahagian gigi yang telah rosak. Mekanik kereta menggunakan perengkuh pneumatik untuk mengetatkan bolt dan nat manakala pekerja binaan menggunakan tukul pneumatik untuk memecahkan sesuatu permukaan. | UMUM | |
DUNLOP, JOHN BOYD | Dunlop, John Boyd (1840–1921) ialah pakar bedah veterinar Scotland, mempaten tayar pneumatik (tayar diisi angin) bagi tujuan komersial yang berjaya dibuat di Britain pada tahun 1888. | UMUM | |
TAYAR | Tayar ialah lapisan luar yang menyaluti sesebuah roda. Kebanyakan tayar diperbuat daripada getah yang diperkukuhkan dengan sejenis fabrik dan pneumatik (diisikan dengan udara mampat) . Ia digunakan pada kapal terbang, basikal, bas, kereta, jentera melombong, motosikal, kenderaan rekreasi, traktor, lori, dan bermacam-macam kenderaan lagi. Sesetengah tayar getah diperbuat daripada getah padat, seperti yang digunakan pada kereta sorong. | UMUM | |
SENDAT UDARA | Sendat udara ialah alat yang membolehkan manusia atau bahan, masuk ke dalam atau keluar dari sesuatu struktur yang dikenali sebagai kaison pneumatik. Kaison mengandungi udara mampat. Sendat udara digunakan untuk menggali terowong dalam air atau projek-projek lain yang memerlukan kaison. | UMUM | |