OSILOSKOP | Osiloskop ialah alat elektronik yang memaparkan isyarat elektrik yang berubah-ubah. Isyarat ini muncul sebagai garis lurus atau garis berombak atau dalam pola-pola lain di atas skrin pendarfluor. | UMUM | |
POLA IRAMA | Pola irama dalam puisi, ialah bilangan dalam satu barisan ungkapan. Perkataan metre bermaksud ukuran. Ia boleh juga merujuk kepada semua corak pola irama sesebuah puisi. | UMUM | |
POLA SAMAWI | Pola samawi lihat Astronomi. | UMUM | |
PUISI | Puisi ialah susunan kata-kata mengikut pola bunyi dan makna. Puisi boleh menggabungkan pola ritma bersama imej untuk menghasilkan kesan yang indah atau mendalam. Puisi membentuk idea, pemikiran, dan perasaan dalam cara yang istimewa. | UMUM | |
PSIKOLOGI GESTALT | Psikologi Gestalt merupakan satu aliran psikologi yang menekankan kajian tentang pengalaman sebagai suatu kesatuan yang menyeluruh. Ahli psikologi Gestalt percaya bahawa pola , atau bentuk merupakan bahagian pengalaman yang paling mustahak. Menurut mereka, keseluruhan pola memberi makna kepada setiap unsur pengalaman. Dengan kata lain, keseluruhan pola adalah lebih penting daripada jumlah bahagian-bahagiannya . Gestalt berasal daripada bahasa Jerman yang bermaksud pola, bentuk atau susuk . | UMUM | |
MUZIK | Muzik ialah bunyi yang disusun dalam pola yang menyenangkan ataupun menarik. Muzik menjadi bahagian penting dalam banyak kegiatan kebudayaan dan sosial. Manusia menggunakan muzik untuk menyatakan perasaan dan idea. Muzik juga digunakan untuk berhibur dan bersantai. | UMUM | |
KITARAN PERNIAGAAN | Kitaran perniagaan ialah pola aktiviti perniagaan bagi ekonomi sesebuah negara. Aktiviti ini meningkat atau menurun dari semasa ke semasa. | UMUM | |
KIASAN | Kiasan ialah penggunaan kata dalam pola pemikiran dan ungkapan yang lazim. Misalnya, kita mungkin terbaca “The spy was cornered like a rat …. The crowd surged forward…. The redcoats withdrew…. Justice hung her head …. Here was mercy indeed!… The entire nation screamed vengeance.” | UMUM | |
HABLUR | Hablur ialah pepejal yang terdiri daripada atom yang tersusun dalam pola yang teratur. | UMUM | |
KUPLET | Kuplet ialah rima yang mempunyai dua baris. Kuplet pancapada ialah satu bentuk pola irama Inggeris dalam pancapada iambik yang digunakan mengikut urutan. | UMUM | |