| POLINESIA PERANCIS | Polinesia Perancis ialah wilayah seberang laut kepunyaan Perancis. Wilayah ini terletak di Lautan Pasifik, kira-kira 4500 kilometer ke selatan Hawaii. Untuk lokasi, lihat Kepulauan Pasifik (peta). Wilayah ini terdiri daripada kira-kira 120 buah pulau yang berselerak merentangi kawasan seluas kira-kira sebesar barat Eropah. Pulau ini terdiri kebanyakannya daripada gugusan kepulauan Austral, Gambier, Marquesas, Society, dan Tuamotu. Papeete, di Tahiti – salah sebuah pulau dalam Kepulauan Society – ialah ibu wilayah ini. | UMUM | |
| BAHASA MELAYU POLINESIA | BAHASA MELAYU POLINESIA, salah satu keluarga bahasa yang terbesar di dunia, dari segi jumlah dan juga wilayah sebarannya. Nama lain yang kini luas digunakan untuk keluarga bahasa ini ialah Austronesia (Pulau-pulau Selatan – tetapi istilah ini pun tidak begitu tepat, kerana sebahagian bahasa itu dekat dengan Khatulistiwa (di utara), manakala sebahagian yang lain di benua Asia Tenggara). | BAHASA | Konsep |
| NEW ZEALAND | New Zealand , negara pulau di barat daya Lautan Atlantik. Ia terletak lebih kurang 1600 kilometer ke tenggara Australia, benua yang terdekat dengannya. New Zealand termasuk dalam Polinesia , sekumpulan pulau yang besar. Ia adalah kawasan terbesar negara pulau Polinesia. | UMUM | |
| MAORI | Maori ialah penduduk asli New Zealand. Mereka ialah orang Polinesia yang bertubuh tinggi, tegap, berkulit sawo matang dengan mata yang berwarna perang serta rambut hitam yang ikal atau lurus. | UMUM | |
| TAHITI | Tahiti , pulau yang terletak di selatan Lautan Pasifik dan terkenal dengan keindahannya yang eksotik dan iklim tropikanya. Ia adalah pulau yang terbesar di Polinesia Perancis, tanah jajahan Perancis yang terdiri daripada lima buah pulau utama. Tahiti adalah salah sebuah daripada 14 buah Kepulauan Society. Untuk lokasi, lihat Kepulauan Pasifik (peta). Papeete adalah bandar yang terbesar dan pelabuhan utama Tahiti. Bandar ini juga ialah ibu wilayah Polinesia Perancis. | UMUM | |
| TABU | Tabu ialah perbuatan, benda, orang atau tempat yang dilarang oleh undang-undang atau budaya. Perkataan taboo berasal daripada perkataan Polinesia iaitu tapu atau tabu yang bermakna sesuatu yang suci, istimewa, berbahaya atau kotor. Kebanyakan masyarakat mempunyai kepercayaan bahawa seseorang yang pergi ke tempat larangan atau menyentuh barang larangan akan ditimpa bencana. Masyarakat juga mungkin menghukum orang yang melanggar larangan ini dan menyisihkannya. | UMUM | |
| PEMINJAMAN BAHASA NUSANTARA | PEMINJAMAN BAHASA NUSANTARA, peminjaman bahasa daripada rumpun bahasa Melayu-Polinesia daripada satu atau beberapa bahasa yang lain ke dalam bahasa Nusantara merangkumi rumpun bahasa Melayu-Polinesia (Austronesia) bahagian barat seperti Aceh, Minangkabau, Mandailing, Jawa, Banjar, Bugis, Iban, Makasar, Bali dan juga bahasa Indonesia. | BAHASA | Konsep |
| MELAYU | MELAYU, nama khas bagi satu kelompok suku bangsa di sekitar Kepulauan Melayu ataupun nama am bagi pelbagai kelompok serumpun bahasa di kalangan kelompok Bahasa Melayu-Polinesia (Austronesia). Sebagai nama khas, kelompok suku bangsa ini mendiami wilayah-wilayah Semenanjung Tahan Melayu, Singapura, selatan Thailand, pesisir timur Pulau Sumatera, pesisir Pulau Borneo dan wilayah-wilayah lain di Kepulauan Melayu (Nusantara) serta kawasan penghijrahan mereka di seluruh dunia. Mereka adalah penutur teras bahasa Melayu. Sebagai kelompok am, bangsa Melayu terdiri daripada pelbagai suku bangsa yang juga menjadi penutur bahasa Melayu dan penutur bahasa-bahasa rumpun Melayu. Mereka terdiri daripada semua suku bangsa di seluruh Alam Melayu-dari Filipina hingga ke Irian, Sumatera dan Kemboja. Dalam pengertian yang lebih luas, Melayu merangkumi semua penutur bahasa Melayu dalam kelompok Bahasa Melayu-Polinesia | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
| KATAMARAN | Katamaran ialah bot bak rakit yang mempunyai dua badan. Keringanannya dan badannya yang berkembar, nipis dan dangkal membolehkan katamaran meluncur melalui permukaan air tanpa banyak rintangan. Reka bentuk ini berasaskan perahu tupang yang telah digunakan oleh bangsa Polinesia dan Melayu selama beribu-ribu tahun. Katamaran boleh dikuasai oleh layar atau motor. | UMUM | |
| SURUHANJAYA PASIFIK SELATAN | Suruhanjaya Pasifik Selatan ialah pertubuhan antarabangsa yang memberi bantuan khidmat nasihat teknikal, latihan, dan penyebaran maklumat dalam bidang sosial, ekonomi, dan kebudayaan kepada 22 buah pentadbiran kerajaan. Negara-negara ini terdiri daripada Samoa Amerika, Kepulauan Cook, Persekutuan Negeri Micronesia, Fiji, Polinesia Perancis, Guam, Kiribati, Kepulauan Marshall, Nauru, New Caledonia, Niue, Kepulauan Mariana Utara, Palau, Papua New Guinea, Kepulauan Pitcairn, Kepulauan Solomon, Tokelau, Tonga, Tuvalu, Vanuatu, Wallis dan Futuna, dan Samoa Barat. | UMUM | |