Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.lio] | ڤوليو

Definisi : singkatan bagi poliomielitis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.lio] | ڤوليو

Definisi : penyakit yg disebabkan oleh sj kuman yg merosakkan urat saraf dan menjadikan penghidapnya lumpuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata polio


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SABIN, ALBERT BRUCE

Sabin, Albert Bruce (1906–1993), penyelidik

perubatan Amerika, yang menghasilkan vaksin

polio secara oral. Vaksin Sabin terdiri daripada

virus yang telah dilemahkan yang menyebabkan

polio. Ia melindungi badan daripada polio tanpa

menyebabkan penyakit.

UMUM 
POLIOMIELITIS

Poliomielitis juga dikenali sebagai polio ialah

jangkitan yang serius disebabkan oleh virus.

Penyakit ini kadangkala dikenali sebagai lumpuh

infantil kerana ia boleh menyerang bayi atau

kanak-kanak dan menyebabkan kelumpuhan. Pada

masa dahulu, wabak polio biasa terjadi dan sangat

ditakuti kerana penyakit ini menyebabkan ramai

mangsanya lumpuh seumur hidup. Walau

bagaimanapun, pada tahun 1950-an, vaksin

melawan penyakit ini telah diperkenalkan. Sejak

itu, polio hampir dibasmi di negara maju.

UMUM 

Kembali ke atas