MALEK NOOR | Malek Noor (1954– ), ahli bina badan. Dia lahir pada 13 November 1954 di Batu Pahat, Johor. Dengan ketinggian 1.67 meter dengan berat badan 220 hingga 230 paun, bekas pegawai polis ini telah mencatat banyak kejayaan buat negara dalam sukan bina badan. | UMUM | |
PERJANJIAN AM SEMPADAN TANAH MELAYU-THAILAND | PERJANJIAN AM SEMPADAN TANAH MELAYU-THAILAND (1949), perjanjian kerjasama antara pasukan polis Tanah Melayu dengan Thailand. Perjanjian yang ditandatangani pada 1 September 1949 ini dibuat bagi mengadakan kerjasama penuh di kawasan perbatasan kedua-dua negara antara pasukan polis masing-masing untuk menentang pengganas komunis. Beberapa syarat diadakan dalam perjanjian tersebut untuk menjalankan operasi menyeberang sempadan, tangkapan dan hal-hal lain. Tujuannya bagi memudahkan matlamat mengadakan kerjasama yang rapat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
ZAKIAH LAIDIN, DATO' | ZAKIAH LAIDIN, Dato’ (1938- ), tokoh polis wanita. Dia lahir pada 1 Mei 1938 di Batu Gajah, Perak. Dia mendapat pendidikan awal di beberapa buah sekolah rendah di Kuala Kangsar, Teluk Intan dan Melaka. Dia meneruskan pengajiannya di Sekolah Menengah Convent Melaka dan Convent Bukit Nenas, Kuala Lumpur. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
M. AMIN | M. AMIN (1924- ), pengarah filem, penulis skrip dan pelakon. Dia lahir pada 1 September 1924 di Kuala Kangsar, Perak. Nama sebenarnya ialah Mohamed Amin bin Haji Iksan. M. Amin menuntut di Sekolah Bendang Panjang, Kuala Kangsar hingga Darjah Enam dan menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai Wangi, Setiawan pada tahun 1940. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, dia dipaksa menjadi konstabel polis Jepun dan ditugaskan memburu mereka yang menjadi ejen komunis. | BUDAYA | Tokoh |