Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pasukan tentera yg bertugas sbg polis (mengawasi tentera); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : anggota tentera yg ditugasi menjalankan tugas-tugas polis dlm angkatan tentera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAGERAN

MAGERAN ialah Majlis Operasi yang ditubuhkan

semasa Darurat untuk menyelaraskan kerja

pentadbiran awam, tentera dan polis bagi

mengembalikan keamanan negara. MAGERAN

ialah singkatan Majlis Gerakan Negara. Majlis ini

ditubuhkan berikutan ketegangan dan kekacauan

yang melanda Kuala Lumpur. Ia ditubuhkan pada

16 Mei 1969 dengan Tun Abdul Razak bin Hussein,

Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebagai

pengarahnya. Anggota MAGERAN yang lain terdiri

daripada Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Presiden

MCA, Presiden MIC, Tan Sri Ghazali Shafie, Tunku

Osman Mohd. Jewa, Tan Sri Mohamad Salleh dan

Leftenan Jeneral Dato’ Ibrahim Ismail.

UMUM 
SNIPERSKOP

Sniperskop ialah peranti elektronik yang dapat

digunakan untuk membidik raifal dengan tepat

pada waktu malam. Ahli sains Amerika mencipta

sniperskop ketika Perang Dunia II (1939–1945)

untuk membolehkan pasukan tentera berjuang

dengan lebih berkesan pada waktu malam.

Sniperskop telah diganti dengan starlight skop

yang dicipta pada tahun 1963 dan digunakan buat

pertama kalinya ketika Perang Vietnam. Angkatan

tentera dan polis bukan sahaja menggunakan

starlight skop untuk menembak pada waktu

malam, malah semasa meronda di tempat yang

gelap. Askar-askar menggunakan peranti ini pada

senjata yang lebih besar seperti meriam dan

pelancar misil serta juga senapang.

UMUM 
PASUKAN SUKARELAWAN KEDAH

PASUKAN SUKARELAWAN KEDAH, pasukan tentera sukarelawan.  Pasukan Sukarelawan Kedah (Kedah Volunteer Force) ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1933. Pasukan ini bermula dengan unit sukarelawan Kedah yang ditubuhkan pada 5 Ogos 1914.  Penubuhan unit ini tidak tertakluk di bawah mana-mana enakmen.  Kegiatan unit ini diselenggarakan oleh sebuah jawatan-kuasa yang terdiri daripada lima orang dan diketuai oleh seorang komandan. Jawatankuasa ini dilantik setiap tahun.  Unit sukarelawan Kedah bermula dengan 18 orang anggota dan tidak pernah melebihi 25 orang.  Mereka terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membeli uniform dan peluru. Latihan kawad untuk anggota unit ini di bawah kelolaan Pesuruhjaya Polis.  Mereka menggunakan senjata carbain polis dan senjata lama, LY. Arms.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
SAFARIYYAH, KERAJAAN

Safariyyah, Kerajaan (254–289 H./ 868–902 M.).

Kerajaan Safariyyah didirikan di bahagian selatan

Iran. Nama kerajaan ini bersempena dengan nama

Ya‘kub ibn al-Layth al-Safar, seorang yang berani,

yang mengambil kesempatan semasa kerajaan

Abbasiyyah lemah akibat bergolak politik serta

kekacauan yang semakin serius, yang dilakukan oleh

orang Negro. Dia memang bercita-cita untuk

menguasai kawasan selatan Iran, Parsi dan

Khurasan. Dia berjaya menubuhkan kerajaannya

selepas menjatuhkan kerajaan al-Tahiriyyah, dan

diiktiraf oleh Baghdad sebagai gabenor yang

merdeka. Namun, dia masih belum berpuas hati

malah bercita-cita untuk mengambil alih kedudukan

orang Turki di Baghdad. Kerajaan terpaksa akur

kepada kehendaknya apabila dia menyiapkan

angkatan tentera untuk tujuan tersebut. Justeru itu,

al-Safar diberi pengiktirafan sebagai gabenor di

wilayah Khurasan, Tabaristan, Jurjan, Ray dan Parsi.

Dia juga dilantik sebagai Ketua Polis Baghdad dan

Samarra’. Al-Safar masih belum berpuas hati. Dia

berhasrat untuk ke Baghdad dan mengambil alih

Baghdad yang merupakan pusat kekuasaan bangsa

Turki. Khalifah al-Muwaffaq tidak ada pilihan lain

kecuali bertindak memerangi al-Safar. Khalifah

mengetuai satu angkatan tentera lalu menyerang al-

Safar berserta tenteranya dan berjaya menewaskan

mereka. Al-Safar tewas kerana tenteranya berpaling

tadah dan menyertai tentera khalifah apabila mereka

melihat pasukan yang akan ditentang diketuai oleh

khalifah sendiri.

UMUM 

Kembali ke atas