Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : rancangan tindakan yg telah diper­setujui secara rasmi sbg asas utk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan, dasar; ~ kerajaan dasar kerajaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata polisi I


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERDAGANGAN BEBAS

Perdagangan bebas ialah polisi yang

membenarkan penduduk sesebuah negara membeli

dan menjual di mana-mana sahaja yang mereka suka

tanpa halangan. Sebuah negara yang mempunyai

sebuah polisi perdagangan bebas tidak menghalang

penduduknya daripada membeli barangan yang

dikeluarkan di negara lain, atau menggalakkan

mereka membelinya di negara sendiri.

UMUM 
API (AMERICAN PETROLEUM SYSTEM)Sebuah organisasi yang berpusat di Amerika Syarikat yang menyediakan satu forum kepada industri gas dan minyak supaya memenuhi kehendak polisi negara tersebut.KEJURUTERAANKonsep
KOKUS

Kokus ialah mesyuarat ahli sesuatu parti

politik untuk menamakan calon suatu jawatan

atau memutuskan suatu polisi.

UMUM 
ANUITI

Anuiti ialah sejumlah wang yang dibayar pada

masa yang ditetapkan, biasanya sekali setahun.

Perkataan ini berasal daripada perkataan Latin,

<i> annus i> , yang bermaksud <i> tahun i> . Polisi insurans,

wasiat, dan dokumen lain memperuntukkan anuiti.

UMUM 
SALIM II

Salim II (930–982 H./1523–1574M.), sultan ke-11

dalam kerajaan Uthmaniyyah atau putera Sultan

Sulayman I. Baginda lahir di Istanbul dan

mewarisi takhta pemerintahan daripada

ayahandanya pada tahun 974 H./1566 M. Selepas

kemangkatan Sultan Sulayman I, kerajaan ini tetap

mengamalkan polisi peluasan negara

sebagaimana tradisi kerajaan Uthmaniyyah sejak

dahulu. Akan tetapi secara beransur-ansur

kerajaan Uthmaniyyah mengalami zaman

kelemahan sejak diperintah oleh sultan ini.

Baginda merupakan antara sultan yang tidak

pernah turun ke medan perang. Walau

bagaimanapun, kerajaannya mengalami banyak

peristiwa penting; antaranya penaklukan pulau

Cyprus dari tangan orang Bonodochia.

Kemenangan tersebut disebabkan adanya

beberapa tokoh terkemuka semenjak zaman

ayahandanya seperti Muhammad Suqlili, Mufti

Besar Abu Sa’ud dan Nasyanji Muhammad Dibyali

al-Qibtan Pasha. Pada zamannya juga, Yaman

dapat diambil semula selepas pemberontakan

yang dicetuskan oleh puak Syi’ah al-Zaydiyyah.

UMUM 
MEIR, GOLDA

Meir, Golda (1898–1978), Perdana Menteri Israel

dari tahun 1969 hingga tahun 1974. Selama karier

politiknya itu, dia menyokong perpindahan

penduduk secara beramai-ramai

ke Israel dan

program pembinaan

perumahan yang utama

serta program lain.

Masalah utamanya sebagai

perdana menteri ialah

perselisihan wilayah antara

Israel dengan beberapa

buah negara Arab. Golda

Meir menjalankan dasar

yang tegas tetapi polisi

terbuka terhadap negara-negara Arab.

UMUM 
IBRAHIM SATTAH

IBRAHIM SATTAH (1945-1988), penyair Indonesia. Dia lahir di Tarempa, Riau, Indonesia. Dia mendapat pendidikan di sekolah menengah atas dan Sekolah Polisi Negara. Setelah itu, dia bertugas sebagai anggota pentadbiran kepolisian di Pekan Baru (1963-1979).

SASTERATokoh

Kembali ke atas