| POLISTIRENA | Polistirena ialah bahan plastik bak kaca, ringan yang digunakan dalam pelbagai barang. Keluaran yang dibuat daripada polistirena termasuklah pembungkus makanan, penebat, barang rumah, dan bahagian kereta.  | UMUM |   | 
			
				| STIRENA AKRILONITRIL (SAN) | Bahan kopolimer termoplastik antara stirena dengan akrilonitril. Kopempolimeran ini dapat memperbaiki sifat-sifat polistirena. | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam | 
			
				| STIROFOAM | Stirofoam ialah nama dagang bagi satu bentuk plastik yang dikenali sebagai busa polistirena. Ia mengandungi berjuta-juta gelembung udara yang halus, yang menjadikannya nipis dan pengalir haba yang tidak baik. Stirofoam hanya menyerap air dalam kadar yang amat sedikit, manakala bakteria dan kulapuk tidak boleh merosakkannya.  | UMUM |   | 
			
				| AKRILONITRIL BUTADIENA STIRENA | Polimer termoplastik yang dihasilkan melalui gabungan tiga monomer yang berlainan jenis, iaitu akrilonitril, butadiena, dan stirena.  Termoplastik yang berstruktur amorfus ini lebih dikenali sebagai ABS, berdasarkan huruf di hadapan ketiga-tiga monomer.  Kehadiran ketiga-tiga monomer menjadikan ABS mempunyai gabungan dua sifat, iaitu sifat getah dan sifat kaca.  Sifat kaca dihasilkan oleh kopolimer stirena-akrilonitril atau polistirena dengan fasa getah,.....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |