Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.lit.bu.ro] | ڤوليتبورو

Definisi : (Pol) badan penggubal dasar tertinggi di kebanyakan negara komunis atau dlm parti komunis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata politburo


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POLITBURO

Politburo ialah biro politik Jawatankuasa Pusat

yang mengawal Parti Komunis Kesatuan Soviet dari

tahun 1919 hingga tahun 1991. Sebelum tahun 1990,

Politburo mengandungi anggota Parti Komunis yang

paling berkuasa, dan keputusan penting dalam

kerajaan Soviet memerlukan kelulusannya.

UMUM 
ROMANOV, GRIGORIY VASILYEVICH

Romanov, Grigoriy Vasilyevich (1923– ),

tokoh terkemuka Parti Komunis Kesatuan Soviet.

Parti Komunis menguasai kerajaan Kesatuan Soviet

sehingga tahun 1991. Romanov telah berkhidmat

sebagai ahli penuh Politburo parti tersebut dari

tahun 1976 hingga tahun 1985, dan sebagai ahli

Urusetia Jawatankuasa Pusat Parti tersebut dari

tahun 1983 hingga tahun 1985. Dia juga merupakan

ahli Presidium dari tahun 1970 hingga tahun 1985.

Politburo merupakan badan yang menentukan

dasar parti dan urusetia mengurus pentadbiran

hariannya. Presidium ialah sebuah badan penting

bagi kerajaan Soviet. Pada tahun 1985, Romanov

memohon untuk bersara dari semua jawatan,

disebabkan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Akan tetapi ramai pemerhati berpendapat bahawa

dia telah digugurkan kerana dia telah kehilangan

pengaruh dalam parti.

UMUM 
LI PENG

Li Peng (1928– ), salah seorang pemimpin China

yang paling terkemuka. Dia menjadi pemangku

perdana menteri China pada bulan November 1987

dan menjadi perdana menteri pada bulan April

1988. Perdana menteri mengetuai segala operasi

kerajaan. Sejak tahun 1985, Li menganggotai

Politburo , iaitu badan utama yang membuat dasar

bagi Parti Komunis China. Dia menumpukan

kerjayanya kepada pembangunan sumber tenaga.

Kebangkitannya sebagai seorang pemimpin yang

berkuasa menggambarkan minat China yang

bertambah dalam pembangunan teknologi pada

tahun 1980-an.

UMUM 
LEKRA

LEKRA, organisasi kebudayaan Indonesia. LEKRA adalah singkatan daripada Lembaga Kebudayaan Rakyat. LEKRA ditubuhkan pada 17 Ogos 1950 di Jakarta. Organisasi kebudayaan ini didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Pemimpin LEKRA terdiri daripada D.N. Aidit (Ketua PKI) Njoto, (wakil Ketua II dalam Politburo PKI), M.S. Ashar, A.S. Dharta, dan Joebaar Ajoeb. Setiausaha Pusat LEKRA ialah A.S. Dharta, M.S. Ashar, dan Herman Arjuno (masing-masing Setiausaha I, II dan III). Henk Ngantung dan Joebaar Ajoeb menjadi ahli pada Sekretariat Pusat. Keseluruhan pimpinan Pusat LEKRA terdiri daripada 41 orang yang merancang dan mengendalikan dasar perjuangan LEKRA menurut arahan PKI.

SASTERAInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas