SAINS POLITIK | Sains politik ialah kajian sistematik tentang kehidupan politik. Ahli sains politik mencari jawapan kepada soalan seperti “Atas dasar apakah yang mewajarkan tindakan kerajaan?” dan “Untuk kepentingan siapakah kerajaan bertindak?” Mereka mengkaji pelbagai bentuk kerajaan dan juga parti politik, kumpulan yang mempengaruhi kerajaan, pilihan raya, hubungan antarabangsa, dan perkhidmatan awam. Kesemua ini adalah aktiviti individu dan kumpulan yang melibatkan hubungan asas manusia. Sains politik adalah berhubung dengan nilai asas, seperti kesamaan, kebebasan, keadilan, dan kuasa. | UMUM | |
PARTI POLITIK | Parti politik ialah kumpulan orang yang teratur yang mengawal, atau cuba mengawal sesebuah kerajaan. Di negara demokrasi, parti politik bersaing antara satu sama lain dalam pilihan raya untuk mengekalkan atau menguasai sesebuah kerajaan. Parti politik boleh bergiat aktif di peringkat kebangsaan, negeri atau wilayah, dan daerah. | UMUM | |
TENGKU RAZALEIGH HAMZAH | Tengku Razaleigh Hamzah (1937– ) ialah ahli politik Malaysia. Kerjaya politik Tengku Razaleigh bermula apabila dia menganggotai UMNO Kelantan pada tahun 1962. Setahun kemudian, dia dilantik menjadi Ketua UMNO Bahagian Hulu Kelantan. | UMUM | |
PAINE, THOMAS | Paine, Thomas (1737–1809) ialah penulis risalah, pejuang politik, dan penulis politik dan agama Amerika kelahiran Inggeris yang terkenal. Tulisannya mempengaruhi pemikiran politik pemimpin Revolusi Amerika, dan dia menjadi tokoh terkenal di Paris semasa Revolusi Perancis. Bekas Presiden Amerika Syarikat, John Adams menulis pada tahun 1806, “Saya tidak kenal sebarang orang di dunia yang lebih berpengaruh terhadap kehidupan atau hal ehwal yang berlaku di dunia selama 30 tahun yang lalu berbanding Thomas Paine”. | UMUM | |
SULLA, LUCIUS CORNELLIUS | Sulla, Lucius Cornellius (138 S.M.–78 S.M.), melakukan pembaharuan dalam kerajaan Rom. Dia ialah Jeneral Rom pertama yang menggunakan tentera bagi menentang musuh politik. Ahli politik terkemudian, termasuk Julius Caesar, mengikut contohnya. | UMUM | |
NAST, THOMAS | Nast, Thomas (1840–1902) ialah kartunis politik Amerika. Dia mempopularkan simbol-simbol politik yang terkenal iaitu Keldai Demokrat, Gajah Republikan, dan Harimau Tammany. Karikatur Harimau Tammany yang dilukisnya menolong memecahkan organisasi politik yang terkenal, yang diketuai oleh William “Bpss” Tweed di New York City. | UMUM | |
PELARIAN POLITIK | Seseorang yang melarikan diri ke negara asing untuk mendapatkan perlindungan daripada ditahan oleh pemerintah di negaranya sendiri. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
PARTI POLITIK | Konsep | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Konsep |
TESTAMENT POLITIK API | TESTAMENT POLITIK API, dokumen politik hasil susunan Ahmad Boestamam, Ketua Satu Angkatan Pemuda Insaf (API), yang menggariskan program perjuangan API untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. Dokumen ini diterbitkan oleh Lembaga Tertinggi API pada 21 Disember 1946, dan dicetak oleh Malayan Printers, Kuala Lumpur. Dokumen ini setebal 27 halaman termasuk dua halaman petikan kata-kata beberapa orang pemimpin besar seperti Sukarno, Mohammad Hatta dan Bung Tomo. Testament ialah salah satu manifesto politik di Tanah Melayu dan disebarkan kepada peserta Kongres API se-Malaya yang berlangsung di Melaka pada 22, 23 dan 24 Disember 1946. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
NU, U | Nu, U (1907–1995) ialah ahli politik dan negarawan Burma . Pada tahun 1930-an, dia merupakan pemimpin gerakan politik pelajar yang menentang pemerintahan kolonial British. Pada tahun 1948, dia menjadi perdana menteri pertama Burma yang merdeka. | UMUM | |