Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kegiatan menyogokkan atau memberi­kan wang oleh ahli politik kpd kumpulan orang atau individu tertentu utk mendapatkan sokongan, terutamanya utk pemilihan sesua­tu jawatan penting dlm parti dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kegiatan menyogokkan wang oleh ahli politik kpd kumpulan orang tertentu utk mendapatkan sokongan, terutamanya dlm pilihan raya, utk pemilihan sesuatu jawatan penting dlm parti dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
politik (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan siasah, kenegaraan, kerajaan, pemerintahan, pentadbiran negara.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
WANG ANSHIAhli politik, sasterawan dan ahli falsafah terkenal pada Zaman Song Utara.SASTERATokoh
POPULISME

Populisme ialah pergerakan politik Amerika

yang mencapai puncak kekuatannya pada tahun

1890-an. Populis ini mendesak supaya kerajaan

menambah penawaran wang, memperketatkan

peraturan kerajaan terhadap perniagaan, dan

perubahan lain yang dipercayai boleh membantu

golongan petani dan buruh. Selain itu, mereka juga

melaungkan pembaharuan untuk meningkatkan

kuasa politik pengundi. Ramai pemimpin

pergerakan ini terdiri daripada tokoh pelbagai

warna kulit yang meniupkan keresahan di kalangan

orang ramai dengan ucapan yang membangkitkan

semangat.

UMUM 
SPINOZA, BARUCH

Spinoza, Baruch (1632–1677) ialah ahli falsafah

Belanda. Dia juga dikenali sebagai Benedict, iaitu

nama Baruch dalam bahasa Latin. Spinoza lahir di

bandar Amsterdam. Ibubapanya berketurunan

Yahudi. Pada awalnya dia memperoleh reputasi

sebagai seorang yang berfikiran bebas dalam hal

agama dan oleh yang demikian dia disingkirkan

oleh masyarakat Yahudi daripada mazhab mereka

pada tahun 1656. Dia kemudian tinggal di beberapa

buah bandar di Belanda, menyara hidupnya dengan

bekerja sebagai pencanai kanta. Sepanjang

kerjayanya, Spinoza merupakan penyokong

fahaman liberalisme yang kuat dalam hal agama dan

politik. Dia sangat menghargai kebebasannya,

sehingga dia menolak tawaran wang persaraan

daripada Raja Louis XIV dari Perancis, dan juga

tawaran jawatan sebagai profesor universiti di

Jerman. Walaupun dia dihormati oleh ramai orang,

Spinoza merupakan seorang yang kontroversial

sebab pandangannya yang amat menyimpang

terhadap hal agama, falsafah, dan politik.

UMUM 

Kembali ke atas