Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.lo.nium] | ڤولونيوم

Definisi : (Kim) sj unsur logam yg radioaktif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.lo.nium] | ڤولونيوم

Definisi : ist unsur logam radioaktif yg diperoleh secara semula jadi drpd bijih uranium, digunakan sbg sumber sinar alfa serta sumber tenaga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata polonium


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POLONIUM

Polonium ialah unsur kimia yang mempunyai

simbol Po. Ia merupakan satu unsur logam

radioaktif yang luar biasa. Ia ditemui oleh pasangan

ahli fizik Perancis, Marie dan Pierre Curie, pada

tahun 1898. Mereka menamakannya “polonium

sempena nama negara Poland, tempat lahir Marie

Curie. Polonium terbentuk dengan sendirinya dalam

bijih uranium picblend. Kebanyakan polonium

dihasilkan secara buatan dengan menembak

bertalu-talu bismut, sejenis logam dengan neutron.

UMUM 

Kembali ke atas