Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pon.do/] | ڤوندوق

Definisi : 1. rumah kecil yg didirikan utk semen­tara (di sawah, di ladang, dll), dangau, gubuk, teratak; 2. rumah (utk merendahkan diri apabila bercakap dgn orang); 3. Jk rumah kecil yg tidak elok (berdinding buluh beratap rumbia dll); 4. Jw madrasah dan asrama tempat mengaji (belajar agama dll); ~ telefon bangunan kecil tempat telefon utk kegunaan orang ramai; memondok menumpang tinggal dan makan; memondokkan 1. memberi tempat menum­pang (di rumah orang dll), menumpangkan (di rumah orang dll); 2. memberi tempat me­numpang; pondokan 1. = pemondokan rumah tum­pangan, rumah tempat menginap; 2. tumpang­an, penginapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pon.do/] | ڤوندوق

Definisi : 1 rumah kecil yg didirikan utk kegunaan sementara saja; dangau. 2 rumah (digunakan utk merendah diri apabila bercakap dgn orang). 3 rumah yg tidak berapa sempurna dan biasanya beratapkan rumbia, berdindingkan buluh dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pondok (kata nama)
Bersinonim dengan teratak, dangau, gubuk, ran, sudung, sudung-sudung, cungkup, gerogol, sapar, jerumun, telatap, sarudung, pundung, lepau, jambar, rompok, pelampang, sulap.,

Puisi
 

Dirikan pondok bertanam nanas,
     Biar saya berburu rusa;
Biar orang melonggok emas,
     Saya niaga budi bahasa.


Lihat selanjutnya...(4)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PONDOKSebahagian daripada institusi pendidikan bagi orang-orang Islam di Alam Melayu.AGAMAInstitusi/Organisasi
PONDOK BALAK

Pondok balak adalah salah satu tempat kediaman

terawal yang dibina oleh peneroka Eropah di

Amerika Utara. Pondok balak merupakan tempat

berlindung kepada manusia yang tinggal di

kawasan hutan dan kekurangan alat pertukangan.

Pondok balak ini menjadi lambang kesukaran dan

nilai-nilai baik yang menentukan sempadan hidup.

Ramai orang Amerika yang terkemuka termasuklah

lima orang presidennya iaitu Andrew Jackson,

James Polk, James Buchanan, Abraham Lincoln dan

James Garfield dengan bangganya mengaku

dilahirkan di petempatan seperti ini.

UMUM 
SEKOLAH PONDOKSEKOLAH PONDOK,  institusi pengajian dan pendidikan  Islam secara tradisional.  Terdapat pelbagai nama yang diberikan kepada sekolah pondok seperti pesantren di Jawa, penjentren di Madura, ranggang di Aceh dan surau di Minangkabau.  Sekolah pondok  adalah sebuah kawasan yang di dalamnya terdapat institusi pengajian Islam yang berbentuk tradisional. Terdapat rumah-rumah kecil yang didirikan berasingan. Bentuknya hampir sama antara satu dengan yang lain. Rumah-rumah ini didirikan secara tersusun yang berhampiran dengan rumah tuan guru dan surau atau masjid.  Rumah-rumah kecil tersebut merupakan tempat tinggal pelajar, manakala surau atau masjid dijadikan tempat belajar dan beribadat.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
TASIK SAINT CLAIR

Tasik Saint Clair, terletak di hujung selatan

Taman Negara Gunung Cradle – Tasik Saint Clair di

bahagian tengah dataran tinggi Tasmania, iaitu

sebuah negeri pulau di Australia. Tasik ini

mempunyai kawasan seluas 2851 hektar. Tasik ini

merupakan punca Sungai Derwent, iaitu sungai

yang terbesar di pulau tersebut. Penjelajah belukar

membuat perjalanan di sepanjang denai merentasi

taman selama tiga hari. Pondok-pondok

perlindungan didirikan dalam jarak berjalan kaki

yang dekat kerana kemungkinan perubahan cuaca

yang mendadak daripada cuaca musim panas

kepada keadaan ribut salji.

UMUM 
ABDUL KADIRABDUL KADIR (1914-?), guru pondok dan ahli politik. Dia lahir di Padang Midin, Kuala Terengganu, Terengganu. SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
HAJI SULONG PATANI

HAJI SULONG PATANI (1895 – 1954), ulama Patani. Dia lahir pada tahun 1895 di Kampung Anak Ru, Patani Thailand. Nama asalnya ialah Tuan Guru Haji Muhammad Sulom Haji Abdulkadir bin Muhammad al-Fatoni. Namun dia lebih dikenal dengan nama Haji Sulong kerana mengikut panggilan yang diberi oleh masyarakat Melayu kepada anak pertama. Dia merupakan anak lelaki tunggal. Dia menerima pendidikan awal di Pondok Tuan Guru Haji Wan Musa iaitu Pondok Bandar, sebuah pondok tradisional yang terkenal di Patani pada waktu itu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
HUSSAIN CHE' DOLHUSSAIN CHE’ DOL (1904-1967), ahli agama dan politik. Dia lahir pada tahun 1904 di Kampung Gajah Mati, Pendang, Kedah. Dia menerima pendidikan agama di pondok ayahnya dan di Pondok Tuan Guru Haji Abdullah Chauk, Patani sebelum belajar di Makkah, tetapi terpaksa pulang ke tanah air kerana masalah kesihatan. SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
HAJI YAHAYA JUNID

HAJI YAHAYA JUNID (1911 -            ), ahli agama dan politik. Dia lahir pada tahun 1911 di Selengkoh, Mukim Sungai Daun, Yan, Kedah. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Titi Gajah, Kepala Batas, Alor Setar, pelajaran agama di Sekolah Pondok Tandop, Pengkalan Kundur, Alor Setar, di Pondok Titi Gajah, Kepala Batas, Alor Setar dan di Pondok Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai. Dia seterusnya belajar di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan dan di Makkah untuk terus mendalami pelajaran agamanya. Di Makkah dia belajar di Masjidil Haram daripada ulama terkenal antaranya Syekh Yasin Isa al-Fadani (Padang, Sumatera), Ibrahim al-Khumati Madani (Orang Rusia), Hassan Said Yamani, dan Syed Amin al-Khutubi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
CHE' DOL

CHE’ DOL (1873-1948), ulama. Dia lahir di Menajong, Wilayah Patani. Nama Che’ Dol yang sebenarnya ialah Ismail bin Mustafa. Dia mula belajar di Pondok Haji Wan Abdul Kadir Bendang Jaya, Patani semasa berusia tujuh tahun. Dia meneruskan pelajarannya ke Pondok Tuan Minau, Sungai Dua Seberang Perai, Pulau Pinang. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya ke Makkah selama lapan tahun. Di Makkah, dia berguru dengan Syekh Ahmad Patani, seorang ulama terkenal yang mengajar di Masjidilharam.

           

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SENI BINA ISLAM

Seni bina Islam adalah salah satu bidang

penting yang dikuasai oleh umat Islam. Ini terbukti

dengan keupayaan para arkitek Islam membina

pelbagai jenis bangunan yang mempunyai ciri-ciri

keagamaan dan ilmiah seperti masjid, sekolah dan

pondok. Contoh seni bina bercorak moden

termasuk istana, rumah, hotel, pejabat kerajaan,

agensi, hospital, air pancut dan jambatan; serta

bangunan yang mempunyai ciri pertahanan seperti

kota, kubu, tembok, pintu gerbang dan kem

tentera. Setiap binaan mempunyai ciri dan

peranannya yang tersendiri. Reka bentuknya

berbeza berdasarkan masa dan keadaan setempat.

UMUM 
123

Kembali ke atas