SENI POP | Seni pop ialah gerakan seni yang berasal di England pada tahun 1950-an tetapi menjadi terkenal di Amerika Syarikat pada tahun 1960-an. Banyak artis seni pop menggunakan ilustrasi komersial “bukan artistik”, biasa dan sehari-harian sebagai asas karya mereka. Kebanyakan karya yang dihasilkan oleh artis ini bersifat satira atau tidak serius dari segi isinya. Walau bagaimanapun, penggunaan bentuk dan tema daripada budaya rakyat oleh artis ini bertujuan untuk menurunkan nilai yang dianggap sebagai aspek-aspek yang terlalu sukar atau peribadi dalam bentuk seni halus tradisional. | UMUM | |
MINUMAN RINGAN | Minuman ringan ialah minuman tanpa alkohol, berperisa, yang disediakan dengan air bergas. Minuman ini dinamakan ringan untuk membezakannya daripada minuman keras (beralkohol). Minuman ringan juga dinamakan sebagai pop soda, soda, atau pop. Kola adalah minuman ringan yang paling banyak digunakan. Perisa lain termasuk lemon, limau nipis, oren, anggur, dan air halia. Minuman ringan popular di banyak negara di dunia. | UMUM | |
PARTON, DOLLY REBECCA | Parton, Dolly Rebecca (1946– ), penyanyi serta penulis muzik country dan muzik pop Amerika, menjadi penghibur terkenal pada tahun 1970-an. Suara Dolly yang terang lagi mendayu- dayu, penampilannya yang menggemparkan dengan rambut perang dan bakat pentasnya, menarik banyak peminat. | UMUM | |
RIVERS, LARRY | Rivers, Larry (1923–2002) ialah pelukis Amerika Syarikat. Bermula pada awal tahun 1950-an, Rivers memilih lambang Amerika sebagai subjek lukisannya. Subjek itu sama ada boleh menjadi tema sejarah atau imej barangan komersial seperti kotak rokok. Karya Rivers yang sengaja tidak diidealistikkan membawa unsur yang menggelikan tetapi semula jadi ironinya. Dengan penggunaan imejan popular sebagai bahan pendahuluan, dia sering dianggap pelopor pergerakan seni pop. (Lihat Seni pop ). | UMUM | |