Popi ialah nama biasa bagi beberapa kumpulan
bunga yang berkaitan. Anggota yang terpenting
dalam kumpulan ini ialah popi candu putih, samar,
merah, atau ungu di China, India dan Iran. Ia telah
ditanam di Asia sejak zaman dahulu.
Opiat ialah sebarang ubat yang diperbuat
daripada candu atau yang mengandungi candu.
Candu ialah bahan seperti susu yang kering yang
diperoleh daripada kulit biji pokok popi opium
yang muda. Morfin dan kodeina ialah opiat yang
digunakan kerana ciri penyembuhannya. Ubat-
ubat ini bersifat <i> analgesia i> (penahan sakit). Doktor
mempreskripsikannya terutamanya kepada orang
yang mengalami sakit teruk. Opiat digunakan juga
untuk mengawal batuk dan cirit-birit yang teruk.
Thanks for clicking. That felt good.