Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata portugis


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AFRIKA BARAT PORTUGIS UMUM 
A FAMOSA

A Famosa, pintu gerbang yang dibina pada zaman penjajahan Portugis di Melaka pada tahun 1511. “A Famosa” dalam bahasa Portugis bermakna “yang terkenal” atau dalam bahasa Inggeris ialah “The Famous”. 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangunan/Kota
BAHASA MELAYU KRISTANG

BAHASA MELAYU KRISTANG, bahasa orang Portugis Peranakan yang tinggal di Melaka. Mereka ialah keturunan orang Portugis yang datang ke Melaka bersama-sama Alfonso de Albuquerque yang menakluki Melaka pada tahun 1511.

BAHASAKonsep
MACAO

Macao, juga dieja Macau, ialah wilayah Portugis

yang terletak di bahagian tenggara pantai negara

China. Wilayah ini terdiri daripada bandar raya

Macao yang terletak di bahagian semenanjung, dan

tiga buah pulau kecil. Wilayah ini mempunyai

penduduk seramai 436 000 orang dan meliputi 15

kilometer persegi. Wilayah ini terletak di muara

Sungai Zhu Jiang (Sungai Mutiara), lebih kurang 65

kilometer di barat Hong Kong. Untuk lokasi, lihat Asia

(peta politik).

UMUM 
MAGELLAN, FERDINAND

Magellan, Ferdinand (1480?–1521) ialah kapten

laut Portugis yang mengetuai ekspedisi pertama

yang belayar mengelilingi dunia. Pelayarannya

memberikan bukti positif yang pertama bahawa

bumi ini bulat. Magellan tidak panjang umur untuk

menyelesaikan ekspedisi tersebut, tetapi

perancangannya yang imaginatif dan

kepimpinannya yang berani membuat keseluruhan

ekspedisi berjaya. Ramai sarjana menganggap

ekspedisi itu suatu kejayaan pelayaran yang paling

besar dalam sejarah.

UMUM 
PONTA DELGADA

Ponta Delgada (pend. 21 813) ialah bandar dan

pelabuhan utama Azores Portugis. Kawah gunung

berapi, taman, dan tasiknya membuatkan Ponta

Delgada menarik. Industri penapisan gula bit

merupakan industri yang terpenting di kota ini.

Ponta Delgada terletak di Pulau São Miguel.

Lihat juga Azores.

UMUM 
DA GAMA, VASCO

Da Gama, Vasco (1469?–1524), kapten laut dan

penjelajah Portugis. Dia mengetuai angkatan kapal

yang pertama bermula dari Eropah hingga ke

India.

UMUM 
PULAU FLORES

Pulau Flores (pend. 4367), terkenal kerana

tumbuhan hijau yang banyak, ialah pulau yang

paling barat milik Portugis Azores. Kawasannya

meliputi 143 kilometer persegi. Pekerjaan utama

penduduknya ialah menghasilkan tenusu dan

memelihara lembu. Santa Cruz ialah bandar utama.

Lihat jug a Azores.

UMUM 
DIAS, BARTOLOMEU

Dias, Bartolomeu (1450?–1500), juga dieja

sebagai Diaz, ialah penjelajah dan kapten kapal

Portugis. Dia yang menemui jalan laut mengelilingi

Afrika, menambahkan kemantapan hubungan

perjalanan antara barat Eropah dengan Asia.

UMUM 
ENKLAF

Enklaf ialah daerah yang dimiliki oleh sesebuah

negara tetapi terletak dalam negara lain.

Contohnya, Macau ialah enklaf Portugis di kawasan

pantai China (lihat Macau).

UMUM 
12345

Kembali ke atas