Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.si.tron] | ڤوسيترون

Definisi : (Fiz) sj zarah bercas positif yg jisim­nya sama dgn elektron (tetapi berlawanan cas). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata positron


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POSITRON

Positron lihat Anderson, Carl David.

UMUM 
ANDERSON, CARL DAVID

Anderson, Carl David (1905–1991) ialah ahli

fizik Amerika yang menemui dua partikel

subatomik – positron dan muon . Dia mengenal

pasti partikel-partikel ini semasa mengkaji sinaran

kosmik dengan bantuan bilik awan Wilson (lihat

Sinar kosmik) . Bagi penemuan positron, Anderson

berkongsi Hadiah Nobel tahun 1936 bagi kategori

fizik dengan Victor F. Hess.

UMUM 
ANTIJIRIM

Antijirim ialah jirim yang terdiri daripada zarah

asas yang bertentangan dengan zarah biasa. Zarah

yang bertentangan ini dinamakan antizarah .

Sesuatu antizarah betul-betul sama sifatnya

dengan zarah biasa kecuali casnya yang

bertentangan. Contohnya, elektron ialah zarah

biasa yang mempunyai cas elektrik negatif.

Antizarahnya, iaitu positron, betul-betul sama

dengannya kecuali positron mempunyai cas

elektrik positif. Antizarah juga bergabung seperti

zarah biasa. Contohnya, antineutron boleh

bergabung dengan antiproton dan dengan itu

membentuk antideuteron, iaitu nukleus atom

antideuterium.

UMUM 

Kembali ke atas