| POSTER | Poster ialah lembaran kertas atau kadbod bercetak yang dipamerkan untuk tontonan umum. Kebanyakan poster menyampaikan mesej ringkas yang menggabungkan perkataan dengan ilustrasi. Poster boleh digunakan untuk mengumumkan peristiwa seperti drama, filem, atau pameran lukisan. Ia juga boleh digunakan untuk mengiklan keluaran perdagangan atau menyampaikan mesej politik. | UMUM | |
| PROPAGANDA | Propaganda ialah komunikasi sepihak yang bertujuan untuk mempengaruhi cara orang ramai berfikir dan bertindak. Iklan di televisyen atau poster yang menggesa orang ramai mengundi seseorang calon politik mungkin berbentuk propaganda bergantung pada kaedah pemujukannya. | UMUM | |
| MUZIUM SENI METROPOLITAN | Muzium Seni Metropolitan di New York City ialah muzium seni yang terbesar di Amerika Syarikat. Muzium ini mengandungi lebih dua juta karya seni. Bangunannya dimiliki oleh kota New York, tetapi koleksinya menjadi milik perbadanan yang mengendalikan muzium itu di bawah piagam yang diberikan pada tahun 1870. Muzium ini mengadakan konsert dan ceramah di auditorium yang boleh memuatkan seramai 700 orang. Kedainya menjual buku seni, poster, dan reproduksi karya seni daripada koleksinya. | UMUM | |