Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.tén.si] | ڤوتينسي

Definisi : (poténsi) kemampuan (mencapai, menghasilkan, atau melakukan sesuatu), kebolehan, kekuatan, kesanggupan, keupaya­an utk berkembang maju dsb: EEC akan memberikan penerangan kpd Asean tentang hasil kajian berhubung dgn ~ usaha sama antara negara-negara Asean; berpotensi mempunyai potensi, berkemam­puan, berkebolehan, berkesanggupan, berke­upayaan (utk berkembang maju dsb): rasional, sikap yg mengabaikan pasaran ASEAN yg jelas ~ sesungguhnya sukar hendak difahami; pemimpin yg ~; adakah kata-kata itu ~ utk digunakan? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.tén.si] | ڤوتينسي

Definisi : /poténsi/ kemampuan utk mencapai, menghasilkan, atau melakukan sesuatu; keupayaan: Beliau mempunyai ~ utk lulus dgn cemerlang. berpotensi mempunyai potensi, berkemampuan, berkeupayaan: Memandangkan kebolehannya, beliau ~ utk menjadi pemimpin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
potensi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan kebolehan, keupayaan, kemampuan, kesanggupan, kecekapan, kelayakan, bakat, kaliber;,
Kata Terbitan : berpotensi,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEGRAVE, SIR HENRY

Segrave, Sir Henry (1896–1930) ialah wira

British dalam zaman awal perlumbaan motor. Dia

telah memecahkan rekod dunia kelajuan di darat

sebanyak tiga kali – pada tahun 1926, 1927, dan

1929. Dia mencapai kelajuan 231 batu (372

kilometer) sejam pada tahun 1929. Segrave

terbunuh semasa cuba memecahkan rekod dunia

kelajuan di atas air kepada 98.76 batu (158.94

kilometer) sejam. Trofi Segrave, diberi kepada

orang British yang menunjukkan potensi

pengangkutan melalui darat, udara, atau air, yang

paling baik, telah dinamakan sempena namanya.

Segrave lahir di Edmonton.

UMUM 
PSIKOLOGI

Psikologi ialah kajian saintifik tentang proses

mental dan tingkah laku. Ahli psikologi memerhati

dan mencatat bagaimana manusia dan haiwan

saling berhubungan antara satu dengan lain, dan

dengan persekitarannya. Mereka mencari pola

yang akan menolongnya memahami dan

meramalkan tingkah laku, dan mereka

menggunakan kaedah saintifik untuk menguji

ideanya. Melalui kajian begitu ahli psikologi telah

mendapat tahu bahawa banyak perkara dapat

menolong manusia memenuhi potensi sebagai

manusia, dan meningkatkan pemahaman antara

individu, kumpulan, negara, dan kebudayaan.

UMUM 
KAMUS KHUSUS

KAMUS KHUSUS, salah satu jenis kamus yang memberi sumbangan yang amat penting dalam dunia perkamusan itu sendiri. Oleh sebab konsep kamus itu mempunyai pengertian yang amat luas meliputi input linguistik seperti morfologi, sintaksis, semantik, fonologi, dan semua subdisiplin  linguistik yang lain seperti  leksikologi, analisis wacana, pragmatik, etimologi den sebagainya, maka potensi kamus khusus itu untuk berkembang jelas terbuka luas. Malah kamus khusus menjadi faktor yang mencorakkan kepelbagaian usaha penyusunan kamus yang menjadi agen kodifikasi bahasa yang amat berpengaruh.

BAHASAPenerbitan

Kembali ke atas