Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Pingat Peringatan Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ppm


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RUKUN TIGA BELAS

RUKUN TIGA BELAS, kumpulan sulit yang ditubuhkan oleh 13 orang pemimpin Persatuan Pemuda Melayu (PPM) untuk menentang penyerahan Sarawak kepada British.  Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1948.  Pada tahun 1946, Gerakan Antipenyerahan Sarawak kepada British muncul apabila Raja Vyner Brooke membuat keputusan untuk menyerahkan Sarawak sebagai sebuah jajahan mahkota kepada kerajaan British.  Pada mulanya gerakan ini disokong oleh orang Melayu dan Iban secara perlembagaan.  Namun semua usaha mereka gagal kerana sikap kerajaan British yang mengabaikan kepentingan  gerakan tersebut.  Golongan elit pula berpendapat bahawa cara tindakan secara berperlembagaan tidak akan membawa apa-apa kejayaan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PERSATUAN PENTERJEMAH MALAYSIA

PERSATUAN PENTERJEMAH MALAYSIA, badan yang ditubuhkan untuk menyatupadukan seluruh kegiatan penterjemahan.  Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) ditubuhkan pada 8 April 1978 dan didaftarkan pada 4 Oktober 1979, atas kesedaran untuk mewujudkan gerakan secara kolektif dalam hal-hal penterjemahan.

BAHASAPersatuan
KONVENSYEN BAHASA KEBANGSAAN

KONVENSYEN BAHASA KEBANGSAAN, konvensyen satu hari yang diadakan pada 14 Julai 1986 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Konvensyen ini dianjurkan oleh Biro Kebudayaan UMNO Malaysia  dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), dan Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB). Penasihat dan pendorong konvensyen ini ialah Pengerusi Biro Kebudayaan UMNO Malaysia, Menteri Kebudayaan Malaysia pada masa itu, iaitu Y.B. Sdr. Anwar Ibrahim, sementara Pengerusi-pengerusi Bersama ialah Dr. Ibrahim Saad, mewakili UMNO Malaysia dan Prof. Datuk Ismail Hussein, mewakili badan-badan yang bekerjasama.

BAHASABahasa

Kembali ke atas