PERSETUJUAN PRAGMATIK | Persetujuan pragmatik ialah sejenis dekri yang berkaitan dengan urusan gereja atau negeri yang di- keluarkan oleh raja-raja Eropah. Persetujuan pragmatik yang paling penting dikeluarkan secara peribadi oleh Maharaja Habsburg Charles VI pada tahun 1713, dan diisytiharkan kepada umum pada tahun 1724. Pada waktu itu, undang-undang Jerman memerlukan raja menurunkan harta bendanya kepada putera sulungnya. Charles adalah anggota keluarga Habsburg. Persetujuan pragmatiknya menyatakan bahawa pegangan keluarga boleh diwarisi oleh puterinya yang sulung, jika dia tidak mempunyai putera. Persetujuan itu juga menyatakan bahawa tanah Habsburg tidak boleh dipecah- pecahkan. | UMUM | |
KAMUS DEWAN | KAMUS DEWAN, kamus ekabahasa bahasa Melayu yang mula diusahakan pada tahun 1963 dan diterbitkan pada tahun 1970 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Kamus Dewan merupakan salah satu korpus bahasa yang penting yang dapat memaparkan perkembangan sesuatu bahasa, khususnya dari segi ejaan, sebutan, bentuk dan jenis kata, semantik, pragmatik, stilistik, dan sebagainya. Kamus ini dijangka dapat menjadi dokumen penting yang mencatatkan pelbagai aspek perkembangan bahasa Melayu moden, khususnya antara tahun 1950-an sehingga tahun 1970. Pengguna sasaran kamus ini ialah pengkaji atau penyelidik bahasa Melayu serta pembaca umum di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, dan juga sesiapa yang berminat untuk mengkaji perkembangan bahasa Melayu. | BAHASA | Penerbitan |
KAMUS KHUSUS | KAMUS KHUSUS, salah satu jenis kamus yang memberi sumbangan yang amat penting dalam dunia perkamusan itu sendiri. Oleh sebab konsep kamus itu mempunyai pengertian yang amat luas meliputi input linguistik seperti morfologi, sintaksis, semantik, fonologi, dan semua subdisiplin linguistik yang lain seperti leksikologi, analisis wacana, pragmatik, etimologi den sebagainya, maka potensi kamus khusus itu untuk berkembang jelas terbuka luas. Malah kamus khusus menjadi faktor yang mencorakkan kepelbagaian usaha penyusunan kamus yang menjadi agen kodifikasi bahasa yang amat berpengaruh. | BAHASA | Penerbitan |