PERAKUAN KESIHATAN | Perakuan kesihatan ialah sijil yang dikeluarkan dan ditandatangani oleh pihak berkuasa pelabuhan tertentu. Ia memperakukan keadaan kesihatan anak kapal dan penumpang, dan keadaan kebersihan kapal semasa ia hendak belayar. Kapal dikuarantin apabila ada wabak penyakit di atas kapal atau apabila pengasapan diperlukan (lihat Kuarantin). Apabila sesebuah kapal itu tiba di pelabuhan, ia akan dikuarantin sehingga praktik (izin untuk berkomunikasi) telah dibenarkan. Permit praktik percuma mengizinkan kapal untuk masuk tanpa sekatan kuarantin selanjutnya. Praktik sementara menunjukkan syarat yang membolehkan praktik percuma dikeluarkan. | UMUM | |
NERVI, PIER LUIGI | Nervi, Pier Luigi (1891–1979) ialah arkitek dan jurutera Itali. Reka bentuknya menggambarkan kepercayaannya bahawa bentuk struktur industri yang praktik mestilah cantik dan anggun berdasarkan reka bentuk yang ringkas. Nervi terlatih sebagai jurutera dan dia berpendapat bahawa kecantikan arkitek mestilah diperoleh berdasarkan pengiraan matematik berbanding dengan pertimbangan estetika. Kerja Nervi mula dikenali apabila dia menggunakan konkrit bertetulang dengan cantik. Dia membina beberapa teknik struktur dengan menggunakan konkrit. | UMUM | |
UDARA PEMBAKARAN | Udara yang digunakan dalam proses pembakaran. Udara mengandungi satu kmol oksigen dan 3.76 kmol nitrogen. Oksigen merupakan komponen penting dalam proses pembakaran bahan api. Kuantiti udara yang diperlukan hanya mencukupi untuk proses pembakaran sesuatu bahan api dinamai udara teori atau udara stoikiometri. Ia dikira berdasarkan persamaan kimia tindak balas yang terlibat dalam proses pembakaran. Secara praktik, proses pembakaran lengkap sukar dicapai dengan hanya menggunakan udara teori. Oleh itu, udara yang diperlukan biasanya melebihi jumlah udara ...Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
TEORI MAKLUMAT | Teori maklumat , memerihalkan bagaimana mesej dipancar dan diterima melalui sistem maklumat elektronik seperti televisyen, radio atau telegraf. Teori ini menyediakan hukum matematik bagi menentukan kebarangkalian bahawa semua bahagian mesej yang tersendiri, yang dikenal sebagai bit , akan dipancar tanpa sebarang herotan. Jurutera-jurutera elektronik kemudian menggunakan hukum tersebut bagi meningkatkan keupayaan, kecekapan, dan kejelasan sistem maklumat. Penerapan praktik hukum-hukum ini disebut sebagai sains maklumat. | UMUM | |
TAHUN | Tahun ialah masa yang diambil oleh bumi untuk melengkapkan satu pusingan mengelilingi matahari. Terdapat dua jenis tahun yang berbeza yang digunakan oleh ahli astronomi. Tahun suria, ekuinoks atau tropika ialah masa di antara dua laluan matahari melalui “ekuinoks musim bunga” yang berlaku pada bulan Mac. Di Hemisfera Utara ekuinoks ini dipanggil ekuinoks vernal. Panjang tahun ini ialah 365 hari, 5 jam, 48 minit, dan 46 saat. Tahun ini digunakan bagi semua tujuan praktik dan astronomi, dan menjadi asas tahun biasa atau tahun kalendar kita. | UMUM | |
PASTEUR, LOUIS | Pasteur, Louis (1822–1895), ahli sains Perancis, memberi sumbangan yang besar kepada ilmu kimia, perubatan, dan industri yang memberi banyak manfaat kepada manusia. Penemuannya bahawa penyakit disebarkan oleh bakteria telah menyelamatkan nyawa yang tidak terbilang banyaknya. Pasteur merupakan ahli sains teori yang agung dan yang menerapkan penemuan asasnya kepada masalah praktik yang penting baik dalam bidang industri mahupun dalam bidang perubatan. | UMUM | |