Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[prak.ti.kal] | ڤرکتيکل

Definisi : 1. melibatkan atau berkaitan dgn pengalaman atau penggunaan sebenar, bukan teoretikal; 2. sesuai utk digunakan: langkah-langkah ini dianggap lojik lagi ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata praktikal


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENJATA API GATLING

Senjata api Gatling merupakan mesingan

tembakan laju praktikal yang pertama dicipta. Ia

dicipta oleh Richard Jordan Gatling (1818–1903)

seorang pencipta Amerika Syarikat dalam bidang

peralatan pertanian. Gatling memperoleh paten

senjata api ini pada tahun 1862 bagi kegunaan

semasa Perang Saudara Amerika (1861–1865). Ia

mengandungi sepuluh laras yang berputar

dengan pantas di sekeliling aci pusat dengan

menggunakan engkol kendalian tangan. Setiap

lawas dapat diisi melalui graviti, tembakan dan

berputar untuk memberi laluan kepada laras

berikutnya. Model senjata api yang diperbaik

menjadi peralatan piawai bagi Tentera dan

Tentera Laut Amerika Syarikat semasa Perang

Sepanyol-Amerika pada tahun 1898. Senjata api

Gatling moden adalah peralatan piawai dalam

angkatan tentera banyak negara. Lihat Mesingan.

UMUM 
MAKRAMI

Makrami ialah seni atau teknik untuk membuat

barangan dan praktikal hiasan dengan

menyimpulkan tali, kord atau benang besar. Hasil

seni ini boleh digunakan untuk membuat pakaian,

tali pinggang dan dompet dan juga arca, hiasan

gantung di dinding serta barangan perhiasan lain.

UMUM 
SHOLES, CHRISTOPHER LATHAM

Sholes, Christopher Latham, (1819–1890)

ialah pencipta dan wartawan Amerika yang

membantu membangunkan mesin taip pertama

yang praktikal. Sholes, Carlos Glidden, dan

Samuel W. Soulé mereka bentuk mesin taip pada

tahun 1867 dan mempatenkannya pada tahun

1868. Glidden dan Soulé menjual kepentingan

mereka kepada Sholes dan rakan kongsi barunya,

James Densmore. Mereka mula membuat mesin

tersebut tetapi gagal untuk menyempurnakannya

dan menjualnya. Pada tahun 1873, Sholes dan

Densmore memberi kontrak kepada Remington

and Sons untuk membuat mesin taip berkenaan.

Sholes kemudiannya menjual sebahagian besar

kepentingannya dalam mesin taip itu. Sholes lahir

berhampiran Danville, Pennsylvania, Amerika

Syarikat. Dia merupakan editor akhbar yang

berjaya di Wisconsin dan pernah berkhidmat

dalam dewan undangan negeri Wisconsin. Sholes

dan Soulé kemudiannya turut mencipta mesin

penomboran halaman pada tahun 1866. Lihat juga

Mesin taip (Sejarah; gambar).

UMUM 
SENI BINA LANDSKAP

Seni bina landskap melibatkan kerja mereka

bentuk dan membangunkan tanah untuk

digunakan dan dinikmati oleh manusia. Seni bina

landskap berkaitan dengan kecantikan alam

sekitar semula jadi di samping cara yang praktikal

untuk menggunakan tanah dan objek-objek di

atasnya. Seseorang yang mendapat latihan

profesional dalam bidang ini dikenali sebagai

arkitek landskap .

UMUM 
PUSAT PENYELIDIKAN KURMA

Pusat Penyelidikan Kurma ditubuhkan pada

tahun 1402 H./1982 M. di Ahsa’ Arab Saudi. Ia

bertujuan untuk mengkaji, mempelajari,

menyelesaikan masalah dan memberi tunjuk ajar.

Pusat ini juga menjalankan kajian secara praktikal

bagi menyelesaikan segala masalah yang berkaitan

dengan penanaman, pengeluaran dan pengilangan

kurma. Pejabat pentadbiran penyelidikan ini

terletak di pusat latihan dan kajian pertanian dan

perladangan sejauh 15 kilometer melalui jalan

Hufuf-Qatar.

UMUM 
MESIN PEMBANTING

Mesin pembanting ialah mesin yang

digunakan oleh petani pada masa dahulu untuk

membanting (memisahkan) bijian dari tangkainya.

Mesin ini juga menganginkan (meniup) sekam dari

bijian. Andrew Meikle dari Scotland membina

mesin pembanting praktikal yang pertama pada

tahun 1780-an. Sebelum itu, petani membanting

dan menganginkan bijian dengan tangan – iaitu,

kerja yang berat dan lambat. Mesin pembanting

membolehkan petani memproses bijian dengan

lebih cepat lagi daripada yang dilakukan dengan

tangan. Sejak tahun 1930-an, mesin penuai kombin

telah menggantikan kebanyakan mesin

pembanting (lihat Mesin penuai kombin).

UMUM 
SIKORSKY, IGOR IVANOVICH

Sikorsky, Igor Ivanovich (1889–1972) ialah

pereka cipta dan pengeluar kapal terbang

kelahiran Rusia. Dia adalah pelopor dalam

pembinaan kapal terbang, helikopter, dan kapal

terbang merentas laut yang menggunakan

multienjin. Pada tahun 1913, dia mencipta kapal

terbang empat enjin yang pertama di dunia. Pada

tahun 1939, dia berjaya menghasilkan helikopter

satu rotor. (Lihat Helikopter [Helikopter pertama

yang praktikal; gambar]).

UMUM 
SUNTIKAN HIPODERMIK

Suntikan hipodermik ialah satu kaedah untuk

memasukkan ubat ke bawah kulit. Peralatan untuk

suntikan ini termasuklah picagari dan jarum yang

berongga. Picagari adalah tiub yang disambungkan

dengan perocok. Jarum yang digunakan mempunyai

hujung yang tajam untuk memudahkannya

dicucukkan ke dalam kulit. Doktor menyambungkan

jarum ini dengan tiub picagari, memasukkan ubat

cecair ke dalam picagari dan kemudian

mencucukkan jarum ke kulit pesakit. Kemudian,

doktor tersebut akan menekan perocok untuk

menolak ubat keluar melalui jarum. Jarum berongga

ini dicipta pada tahun 1844 oleh Francis Rynd,

doktor Ireland. Charles Pravaz, doktor Perancis pula

mencipta picagari logam pertama yang praktikal

pada tahun 1853. Lihat Picagari.

UMUM 

Kembali ke atas