CALVINISME | Calvinisme, sistem teologi dan teori praktis yang merangkumi hal ehwal gereja, keluarga, dan kehidupan politik. | FALSAFAH | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |
PERKAMUSAN MELAYU | PERKAMUSAN MELAYU, wahana untuk mendokumentasikan kosa kata sesuatu bahasa selengkapnya atau sebahagiannya. Kamus diisusun untuk tujuan ilmiah dan praktis. Dalam kamus ilmiah didaftarkan sebanyak mungkin kata sebuah bahasa, dengan perincian maknanya, ada kalanya dilengkapi dengan kata majmuk, peribahasa dan contoh pemakaiannya. Kamus praktis disesuaikan dengan pemakai sasaran murid sekolah, golongan pemakai spesifik, misalnya kamus istilah pelbagai bidang, kamus untuk pelancong, pedagang dan lain-lainya. | BAHASA | Konsep |
EJAAN BAHARU BAHASA INDONESIA | EJAAN BAHARU BAHASA INDONESIA, sistem ejaan yang digubal oleh sebuah jawatankuasa kebahasaan yang dibentuk di bawah naungan Lembaga Bahasa dan Kesusasteraan Direktorat Djenderal Kebudayaan, Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, Republik Indonesia. Penghasilan ejaan ini merupakan suatu perakuan tentang sistem ejaan untuk bahasa Indonesia pada 31 Ogos 1966. Sistem ejaan lebih praktis dicadangkan untuk melengkapkan sistem ejaan yang sedia ada. Sistem ejaan ini pada mulanya diberi nama Sistem Ejaan Praktis Bahasa Indonesia, kemudian ditukar menjadi Sistem Ejaan Lembaga dan Kesusasteraan (LBK). | BAHASA | Bahasa |
KITAB AL-NAWADIR | Kitab al-Nawadir ialah sebuah karya dalam ilmu bahasa yang dikarang oleh Abu Zayd al- Ansariy (meninggal dunia 215 H/830 M), iaitu kitab tertua yang sampai kepada kita. Isi kandungannya adalah tentang al-Nawadir (perkataan yang jarang didengar). Ia juga mengandungi lafaz-lafaz gharib (ganjil) yang jarang digunakan dalam gaya bahasa praktis. | UMUM | |