Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sangka (anggapan) buruk terhadap sesuatu (seseorang) sebelum mengetahui (menyelidiki) yg sebenarnya: mereka amat terpengaruh oleh ~ terhadap orang Negro yg dianggap rendah; berprasangka menaruh prasangka: barangkali ~ dan bimbang akan berlaku bencana ke atas dirinya; keprasangkaan sifat (rasa) prasangka: ~ menyekat kecenderungan ke arah kecemerlangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : anggapan buruk terhadap sesuatu sebelum mengetahui hal yg sebenarnya; syak: Sebenarnya itu hanyalah ~, bukan yg sebenarnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
prasangka (kata nama)
Bersinonim dengan sangkaan, buruk sangka, tohmah, syak, waham, wasangka, anggapan buruk, purbasangka, waswas, kecurigaan, kesangsian, prejudis, tekaan;,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PRASANGKA

Prasangka ialah pendapat yang terbentuk tanpa

mengambil waktu dan usaha untuk membuat

pertimbangan dengan adil. Pendapat seperti itu

mungkin baik atau tidak baik dan dibuat tanpa

mempedulikan bukti yang tersedia. Dalam rencana

ini, prasangka bererti pendapat tidak baik yang

dipegang dengan cara ini tentang anggota-anggota

suatu kumpulan sosial tertentu. Orang yang

berprasangka cenderung memutarbelitkan,

menyelewengkan, serta menyalahertikan ataupun

mengabaikan fakta yang bertentangan dengan

pendapat yang telah ditentukannya terlebih

dahulu. Umpamanya, orang yang berprasangka

mungkin percaya bahawa semua individu dalam

suatu kumpulan umur, bangsa, kumpulan etnik,

agama, seks atau wilayah sesebuah negeri itu

pemalas, kejam, bodoh, tak stabil emosinya,

ataupun tamak.

UMUM 
SUDERMANN, HERMANN

Sudermann, Hermann (1857–1928) ialah penulis

drama dan novel Jerman yang dikaitkan dengan

pergerakan naturalisme. Novelnya yang terkenal, iaitu

Dame Care (1887), menceritakan tentang seorang

lelaki muda yang dibebani masalah akibat kegagalan

hidup bapanya. Melalui pengorbanan, anaknya mesti

menempuh cabaran takdir yang berlaku berulang

kali. Regina (1890) merupakan novel sejarah yang

memaparkan perjuangan seorang lelaki menentang

prasangka.

UMUM 
SEKOLAH PERMAISURI

SEKOLAH PERMAISURI,   sekolah perempuan Melayu yang pertama semasa pemerintahan Brooke di Sarawak.  Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1894. Cadangan untuk membuka sekolah Melayu khusus untuk kanak-kanak perempuan pada mulanya memang mendapat tentangan daripada banyak pihak.  Prasangka terhadap pendidikan kanak-kanak perempuan di kalangan masyarakat Melayu     ketika itu amat tebal, dan keadaan ini tidak mengizinkan mereka belajar membaca dan menulis.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas