Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pra.sas.ti] | ڤراسستي

Definisi : tulisan pd batu (tembaga dll) yg berupa peringatan, penghormatan, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pra.sas.ti] | ڤراسستي

Definisi : batu bersurat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata prasasti


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BAHASA MELAYU PADA PRASASTI DI SONGKHLA

BAHASA MELAYU PADA PRASASTI DI SONGKHLA, dapat dilihat pada prasasti bahasa Thai (dialek Thai Selatan) yang bertulisan Thai, prasasti bahasa Cina dan prasasti bahasa Melayu (bahasa persuratan) yang bertulisan Jawi.

BAHASAKonsep
BAHASA MELAYU PADA PRASASTI DI SEMENANJUNG

BAHASA Melayu PADA PRASASTI DI SEMENANJUNG, bahasa Melayu yang terpahat pada prasasti yang ditemui di Semenanjung Tanah Melayu. Sebenarnya prasasti berbahasa Melayu yang ditemui di Semenanjung tidak banyak jumlahnya, jika dibandingkan dengan yang terdapat di Sumatera.

BAHASAKonsep
BAHASA MELAYU PADA PRASASTI

BAHASA MELAYU PADA PRASASTI, bahasa Melayu yang ada pada tulisan kuno yang biasanya dipahatkan atau digoreskan pada batu, logam, tembikar atau bahan yang lain. Beberapa banyak prasasti berbahasa Melayu telah ditemui di Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Filipina, Kalimantan dan di tanah besar Asia Tenggara.

BAHASAKonsep
BAHASA MELAYU PADA PRASASTI DI MANILABAHASA MELAYU PADA PRASASTI DI MANILA, bahasa yang terpahat pada prasasti di Manila yang ditemui pada tahun 1987 tetapi baru dikaji pada awal tahun 1990.BAHASAKonsep
BAHASA MELAYU PADA PRASASTI DI SUMATERA

BAHASA MELAYU PADA PRASASTI DI SUMATERA, bahasa Melayu yang terpahat pada beberapa prasasti yang ditemui di Sumatera khususnya di Sumatera Selatan.

BAHASAKonsep
BAHASA MELAYU PADA PRASASTI DITERENGGANU

BAHASA MELAYU PADA PRASASTI DITERENGGANU, bahasa Melayu yang terpahat pada batu yang ditemui di Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu.

BAHASAKonsep
PALAS PASEMAH

PALAS PASEMAH, tempat penemuan prasasti berbahasa Melayu kuno tentang kerajaan Sriwijaya.  Palas Pasemah terletak berhampiran daerah Kalianda, Lampung Selatan, Sumatera SeIatan, Indonesia.  Penemuan prasasti ini berlaku pada tahun 1958.  Prasasti ini dipercayai dibuat pada akhir abad ke-7.  Catatan pada prasasti Palas  Pasemah tidak dapat dipisahkan daripada prasasti Kota Kapur dan· prasasti Karang Brahi.  Ketiga-tiga prasasti ini diletakkan dalam kerangka tiga prasasti lainnya yakni prasasti Kedukan Bukit, Talang Tuo dan Telaga Batu, yang juga merupakan sumber yang dapat mengungkapkan sejarah kerajaan Sriwijaya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
MINYE TUJUHMINYE TUDJUH, tempat penemuan prasasti.   Prasasti ini dikenal dengan nama Prasasti Minye Tudjuh kerana ditemui di Minye Tudjuh, Aceh, Sumatera Utara, Indonesia.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
KEDUKAN BUKIT

KEDUKAN BUKIT, prasasti Sriwijaya. Prasasti ini bertarikh 683 M. dan terletak di Palembang, Sumatera, Indonesia. ‘Kedukan’ dalam bahasa Jawa bererti menggali.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIArtifak/Mentifak
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUSEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, sejarah perkembangan bahasa Melayu dari zaman dahulu hingga kini. Bahasa Melayu dari segi sejarah telah wujud pada abad ke-2 M. di Vietnam.  Prasasti berbahasa Melayu (yang tertua setakat ini) ditemui di Dong Yen Chau, Teluk Touraine, Vietnam yang bertarikh pada abad ke-4 M.  Prasasti Muara Kaman, Kutai , Kalimantan Timur pula bertarikh pada 400 M.  tetapi masih menggunakan bahasa dan tulisan Sanskrit.  Hanya nama raja di tempat itu yang menggunakan nama Melayu.  Kemudian terdapat juga sebuah prasasti yang bertarikh pada awal abad le-7 M. Yang ditemui di Sajamerta, Jawa Tengah.  Selepas itu terdapat prasasti yang ditemui di daerah induk bahasa Melayu iaitu di Kedukan Bukit, Talang Tuwo, Kota Kapur dan Karang Brahi.  Kesemua prasasti ini bertarikh pada akhir abad ke-7 M., dan tempat-tempat tersebut terletak di Palembang, Jambi dan Pulau Bangka.BAHASAKonsep
12

Kembali ke atas