Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pra.se.ja.rah] | ڤراسجاره

Definisi : (pengetahuan mengenai masa) sebelum sejarah tertulis, zaman purbakala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pra.se.ja.rah] | ڤراسجاره

Definisi : zaman sebelum sejarah ditulis; zaman purbakala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata prasejarah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LUKISAN PRASEJARAH

LUKISAN PRASEJARAH, lukisan pada zaman prasejarah sebelum tulisan dicipta. Zaman prasejarah menjangkau hingga empat juta tahun dahulu. Walau bagaimanapun, lukisan prasejarah hanya wujud sekitar 30 000 tahun dahulu di beberapa tempat di dunia. Lukisan prasejarah yang terkenal di dunia terdapat di Lascaux, Perancis dan Altamarira, Sepanyol. Biasanya lukisan prasejarah dilukis pada dinding-dinding gua. Di Malaysia, lukisan prasejarah lebih muda dan kelihatan di Gua Kain Hitam (dekat Gua Niah) dan Gua Tambun (Ipoh).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIArtifak/Mentifak
HAIWAN PRASEJARAH UMUM 
ZAMAN PRASEJARAHLebih dikaitkan dengan zaman permulaan kehidupan terawal mahkluk dunia termasuklah mansuia dan haiwan.SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
TAPAK-TAPAK PRASEJARAH MALAYSIA

TAPAK-TAPAK PRASEJARAH MALAYSIA, bukti kebudayaan dan cara hidup masyarakat bermula semenjak zaman prasejarah.  Hal tersebut dibuktikan melalui penemuan kebudayaan material di tapak-tapak zaman prasejarah.  Di Malaysia, bukti terawal zaman prasejarah bermula sebelum 50 000 tahun dahulu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
MANUSIA PRASEJARAH

Manusia prasejarah ialah manusia yang hidup

sebelum tulisan dicipta lebih kurang 5500 tahun

dahulu.

UMUM 
PLESIOSAUR

Plesiosaur ialah haiwan laut prasejarah yang

hidup kira-kira 200 juta tahun dahulu. Plesiosaur

kelihatan seperti ikan paus yang besar dan

mempunyai anggota yang menyerupai pendayung.

Lihat Haiwan prasejarah (Zaman Reptilia).

UMUM 
PETIR

Petir. Manusia prasejarah menganggap petir

sebagai suara dewa yang bergemuruh apabila

marah kepada manusia di bumi. Kini, ahli sains

tahu bahawa petir berpunca daripada

pengembangan udara secara mendadak kerana

dipanaskan oleh kilat.

UMUM 
MAMOT

Mamot ialah haiwan prasejarah yang berkait

rapat dengan gajah yang ada pada hari ini. Mamot

merupakan haiwan yang besar dan berat.

UMUM 
MANUSIA HEIDELBERG

Manusia Heidelberg ialah manusia prasejarah

yang tinggal di Eropah kira-kira 450 000 tahun

dahulu.

UMUM 
MANUSIA JAWA

Manusia Jawa ialah sejenis manusia prasejarah

yang hidup antara satu juta hingga 500 000 tahun

dahulu.

UMUM 
12345

Kembali ke atas