Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pré.di.kat] | ڤريديکت

Definisi : (prédikat) 1. (Lin) bahagian ayat yg menandai apa yg dikatakan atau dinafikan tentang subjek; 2. IB nama, gelaran kehor­matan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pré.di.kat] | ڤريديکت

Definisi : /prédikat/ ist kata atau kata-kata dlm bentuk frasa yg menerangkan sesuatu ttg subjek ayat; cerita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata predikat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AYAT

Ayat ialah satu siri kata yang disusun menjadi unit

yang bermakna. Ia bermula dengan huruf besar

dan berakhir dengan tanda baca – tanda titik, tanda

tanya, atau tanda seru. Dalam bahasa Inggeris, ayat

yang lengkap dari segi tatabahasanya terdiri

daripada kumpulan kata yang bebas, yang

mempunyai subjek dan predikat. Predikat mestilah

termasuk kata kerja finitum . Kata kerja itu, berserta

subjek, boleh membentuk ayat – contohnya, The

lightning flashed.

UMUM 
KLAUSA

Klausa ialah sekumpulan kata yang mempunyai

subjek dan predikat. Ayat lengkap dinamakan

klausa utama, atau bebas.

UMUM 
AYAT MUDAH

Ayat mudah ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat.

BAHASAKonsep

Kembali ke atas