NAIB PRESIDEN | Naib presiden ialah pegawai eksekutif kedua tertinggi dalam sesebuah kerajaan di negara- negara tertentu. Di kebanyakan negara, naib presiden mengambil alih jawatan presiden jika presiden meninggal dunia, meletakkan jawatan, disingkirkan atau hilang keupayaan. Di sesetengah negara seperti Argentina dan Amerika Syarikat, naib presiden juga berkhidmat sebagai pegawai yang mengetuai senat negara. | UMUM | |
MOI, DANIEL TOROITICH ARAP | Moi, Daniel Toroitich arap (1924– ), menjadi Presiden Kenya pada tahun 1978. Dia menjadi naib presiden dari tahun 1967 hingga tahun 1978. Dia menjadi presiden apabila Presiden Jomo Kenyatta meninggal dunia. | UMUM | |
PRESIDEN | Presiden ialah gelaran yang digunakan oleh beberapa ketua negara atau pemimpin kerajaan kebangsaan. Presiden juga ialah gelaran ketua syarikat perniagaan, perbadanan, maktab, institusi, atau persatuan. Rencana ini memperkatakan presiden sebagai suatu istilah politik. | UMUM | |
PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT | Presiden Amerika Syarikat sering dianggap pegawai dilantik yang paling berkuasa di dunia. Presiden negara ini memimpin sebuah negara yang kaya dan sangat kuat angkatan tenteranya. | UMUM | |
ARISTIDE, JEAN-BERTRAND | Aristide, Jean-Bertrand (1953– ) ialah bekas Presiden Haiti. Dia menjadi presiden yang pertama dipilih secara demokrasi pada bulan Disember 1990. Tetapi, pada bulan September 1991, dia digulingkan dalam rampasan kuasa tentera dan hidup dalam buangan di Amerika Syarikat. Pada bulan Oktober 1994, dia kembali ke Haiti dan menuntut balik untuk menjadi presiden. | UMUM | |
AQUINO, CORAZON | Aquino, Corazon (1933– ), presiden wanita yang pertama bagi Filipina. Dia memegang jawatan presiden dari tahun 1986 hingga tahun 1992. Dia menggantikan Presiden Marcos. Kedua-dua Aquino dan Marcos mendakwa kemenangan dalam pilihan raya penuh dengan penipuan dan keganasan. Tetapi Marcos lari ke luar negara apabila ramai rakyat Filipina yang disokong oleh pegawai tentera, menuntut perletakan jawatannya. Aquino kemudian menjadi presiden. | UMUM | |
PERÓN, JUAN DOMINGO | Perón, Juan Domingo (1895–1974) ialah presiden Argentina dari tahun 1946 hingga tahun 1955. Dia sekali lagi menjadi presiden pada tahun 1973. Pemberontakan tentera telah menamatkan jawatan presiden pertamanya pada tahun 1955 dan dia meninggalkan Argentina. Tetapi dia kembali pada tahun 1973 dan dipilih sebagai presiden pada tahun tersebut. Dia menjadi presiden sehingga kematiannya pada tahun 1974. | UMUM | |
TAFT, WILLIAM HOWARD | Taft, William Howard (1857–1930) ialah presiden Amerika Syarikat dari tahun 1909 hingga tahun 1913. Dia adalah satu-satunya presiden yang berkhidmat sebagai presiden dan kemudiannya sebagai Hakim Besar dalam sejarah Amerika Syarikat. Taft sebenarnya tidak berminat menjadi presiden. Dia hanya ingin menjadi seorang hakim dan tidak begitu berminat dalam bidang politik. Yang penting baginya ialah menjadi hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat. | UMUM | |
PERÓN, EVA DUARTE DE | Perón, Eva Duarte de (1919–1952) ialah isteri kedua Presiden Juan Perón, Presiden Argentina. Eva, juga dikenali juga sebagai Evita, membantu Perón memerintah dan menjadi salah seorang wanita terkenal pada zamannya. | UMUM | |
QUAYLE, DAN | Quayle, Dan (1947– ), Naib Presiden Amerika Syarikat dari tahun 1989 hingga tahun 1993, semasa pemerintahan Presiden George Bush. Sebelum menjadi naib presiden, Quayle mewakili Indiana di dalam Senat Amerika Syarikat dari tahun 1981 hingga tahun 1989. Sebelum itu, dia telah berkhidmat selama dua penggal di dalam Dewan Perwakilan Amerika Syarikat. | UMUM | |