Tarsier ialah mamalia kecil yang mempunyai kepala yang bulat dan mata yang luar biasa besarnya bak mata burung hantu. Seperti manusia dan beruk, tarsier tergolong dalam order primat (lihat Primat ). Tarsier hidup di Indonesia dan Filipina. Telinganya besar dan ekornya panjang, kurus dan tidak berbulu. Kaki depannya pendek dan kaki belakangnya panjang yang membantunya melompat dari dahan ke dahan tempat tinggalnya. Kesemua jari tangannya yang panjang dan kebanyakan jari kakinya mempunyai kuku, tetapi jari kakinya yang kedua dan ketiga mempunyai cakar. Tarsier tidak boleh menggerakkan matanya. Tetapi ia boleh memusingkan kepalanya hampir kesemua arah. Tarsier membesar kira-kira sebesar tikus. Ekornya boleh tumbuh sehingga 25 sentimeter panjangnya. Namanya berasal daripada tulang tarsus yang panjang pada kakinya. Tarsier tidur pada siang hari dan bergerak dari pokok ke pokok pada malam hari, memakan serangga, siput, dan cicak kecil. Pengelasan saintifik. Tarsier tergolong dalam famili tarsier, Tarsiidae. Ia adalah genus Tarsius . |