CHARLES, PRINCE | | UMUM | |
ANDREW, PRINCE | Andrew, Prince (1960– ), putera kedua Ratu Elizabeth dari United Kingdom. Dia menduduki tempat keempat dalam senarai pewarisan takhta. | UMUM | |
ALBERT, PRINCE | Albert, Prince (1819–1861), mengahwini sepupunya, Ratu Victoria dari United Kingdom pada tahun 1840. Sebagai suami kepada Ratu, baginda dihormati kerana pertimbangan warasnya tentang industri dan perniagaan. | UMUM | |
PORT-AU-PRINCE | Port-au-Prince (pend. 738 342) ialah ibu negara dan bandar yang terbesar di Haiti. Ia terletak di Golfe de La Gonâve (Teluk Gonâve) di pantai barat Haiti. Untuk lokasi, lihat Haiti (peta). | UMUM | |
PROVINSI ATLANTIK | Provinsi Atlantik ialah empat provinsi Kanada, iaitu New Brunswick, Newfoundland, Nova Scotia, dan Pulau Prince Edward. Tiga daripada provinsi ini – New Brunswick, Nova Scotia, dan Pulau Prince Edward – kadangkala dikenali sebagai provinsi Maritim. | UMUM | |
EDWARD | Edward (1330–1376), dikenali sebagai Putera Hitam (Black Prince), ialah salah seorang wira Inggeris yang terkenal dalam sejarah. | UMUM | |
EARL | Earl ialah darjat kebesaran terawal bangsawan Inggeris. Ia juga merupakan gelaran diraja tertinggi sehinggalah Black Prince dilantik menjadi Duke of Cornwall pada tahun 1337. | UMUM | |
PUTERA PHILIP | Putera Philip (1921– ) ialah suami kepada Ratu Elizabeth II dari Great Britain. Gelaran penuhnya ialah His Royal Highness The Prince Philip, Duke of Edinburgh, Earl of Merioneth, Baron Greenwich. | UMUM | |
DAUPHIN | Dauphin ialah gelaran rasmi putera sulung Perancis dari tahun 1349 hingga tahun 1830. Gelaran ini sama tarafnya dengan gelaran ‘Prince of Wales’ di England. | UMUM | |
SAINT-EXUPÉRY, ANTOINE DE | Saint-Exupéry, Antoine de (1900–1944) ialah juruterbang Perancis yang menghasilkan karya tentang penerbangan di Perancis. Namun begitu, dia paling terkenal kerana cerita fantasinya, The Little Prince (1943). Buku ini mengisahkan seorang putera raja dari planet jauh bercerita kepada penulis tentang pengembaraannya dari planet ke planet untuk mencari dan menambah ilmu. Seperti tulisan utamanya yang lain The Little Prince , mencerminkan keprihatinannya terhadap nilai kemanusiaan dan penentangannya terhadap penyalahgunaan semangat kemanusiaan. | UMUM | |