| PRISMA | Prisma ialah sebuah bungkah padu yang mempunyai dua tapak selari yang dicantumkan oleh tiga atau lebih permukaan sisi (lateral). Tapak ini merupakan poligon yang mempunyai saiz dan bentuk yang sama. Permukaan-permukaan sisinya bersegi dan selari. | UMUM | |
| KAMERA LUSIDA | Kamera lusida ialah alat melakar yang terdiri daripada prisma segi empat dan kaca pembesar yang dilekatkan pada bingkai. Istilah ini bermaksud kamar terang . | UMUM | |
| PERISKOP | Periskop ialah alat optik yang membolehkan seseorang membuat pemerhatian dari satu jarak atau dari satu sudut. Periskop yang mudah mengandungi satu tiub panjang dengan cermin pantul atau prisma di setiap hujungnya. Permukaan pantul ini selari antara satu sama lain, dan diatur pada sudut 45 darjah pada paksi tiub berkenaan. Sesetengah periskop mempunyai kanta untuk membesarkan imej yang dilihat melalui tiub. | UMUM | |