IBU MERTUAKU | IBU MERTUAKU , filem Melayu karya dan arahan P. Ramlee. Filem ini adalah produksi filem hitam putih Malay Film Productions pada tahun 1962, dan penerbitnya ialah Run Run Shaw. P. Ramlee juga mencipta muzik dan lagu untuk filem ini, manakala S. Sudarmaji mencipta seni kata lagu-lagu tersebut. A.V. Bapat pula menjadi pereka bangunan dan juruhias dan A. Bakar Ali sebagai jurugambar. | BUDAYA | Karya |
TURINO DJUNAEDI | TURINO DJUNAEDI (1927 - ), pengarah, produser, penulis skrip dan usahawan Indonesia. Dia lahir pada 6 Jun 1927 di Padangtiji, Aceh, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Teuku Djuned. Dia mendapat pendidikan awal di Hollandsh-Inlandsche School (HIS), kemudian berpindah ke Sekolah Lanjutan Perguruan (SLP) pada tahun 1942. Turino pernah menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Teknik (SMT) di Solo, Jawa, tetapi tidak tamat. Dia juga pernah mengikuti kursus Sinematografi dan Produksi Filem di Tokyo pada tahun 1964. | BUDAYA | Teori/Teorem/Hukum |