Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.fé.sion] | ڤروفيسيون

Definisi : (profésion) pekerjaan terutamanya yg memerlukan pelajaran yg tinggi dan latihan khas (mis dlm bidang undang-undang, perubatan, perakaunan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.fé.sion] | ڤروفيسيون

Definisi : /profésion/ pekerjaan yg memerlukan kelayakan berpendidikan tinggi dan yg melalui latihan khusus dan berterusan, spt dlm bidang perubatan, seni bina dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata profesion


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OPTOMETRI

Optometri ialah profesion yang berkaitan

dengan penjagaan penglihatan. Ahli optometri

memeriksa kesihatan mata dan penglihatan.

Mereka mendiagnosis masalah penglihatan yang

menjejaskan keupayaan seseorang untuk melihat

objek yang dekat dan jauh dengan jelas dan untuk

mengagak jarak. Mereka juga menguji keupayaan

mata untuk bekerja bersama dan untuk mengubah

fokus dengan mudah. Ahli optometri

mempreskripsikan kaca mata dan kanta sentuh

untuk membetulkan penglihatan yang rosak.

Mereka juga boleh mengesyorkan program terapi

penglihatan untuk membantu seseorang

mengatasi masalah penglihatan tertentu. Jika ahli

optometri mendiagnosis gejala yang

menunjukkan penyakit pada mata atau mana-mana

bahagian badan yang lain, orang berkenaan

dirujuk kepada doktor.

UMUM 
AUDIOLOGI

Audiologi ialah profesion yang tertumpu pada

pengesanan dan rawatan masalah pendengaran.

Ahli audiologi menentukan sama ada seseorang

mempunyai masalah kurang pendengaran atau

tidak. Mereka juga mengukur kesan kehilangan

pendengaran separa atau keseluruhan berdasarkan

kebolehan pesakit berkomunikasi.

UMUM 
KEJURURAWATAN

Kejururawatan ialah suatu profesion yang

memberi tumpuan terdapat penjagaan orang sakit

dan juga pencegahan penyakit. Kebanyakan

jururawat bekerja di hospital. Ada juga jururawat

menjaga pesakit di kediaman pesakit sendiri.

Banyak jururawat yang lain pula membantu doktor

di klinik pergigian dan perubatan, di sekolah, di

taman bimbingan kanak-kanak, di kedai dan kilang,

dalam pasukan angkatan tentera, dan di dalam

kapal, kereta api, dan kapal terbang. Jururawat

dengan latihan khas boleh juga mengajar di

sekolah kejururawatan, iaitu melatih lelaki dan

perempuan untuk menjadi jururawat.

UMUM 
DADAH

Dadah ialah salah satu alat profesion perubatan

yang paling berharga. Doktor mempreskripsikan

dadah untuk merawat atau mencegah banyak

penyakit. Setiap tahun, penisilin dan dadah

pembunuh kuman yang lain menyelamatkan nyawa

mangsa meningitis, pneumonia, dan penyakit

berjangkit lain yang berbahaya.

UMUM 
NIGHTINGALE, FLORENCE

Nightingale, Florence (1820–1910), pengasas

profesion kejururawatan seperti yang kita kenali hari

ini. Askar British yang cedera dalam Perang Krimea

menamainya “Wanita dengan Lampu” apabila

Florence berjalan dalam dewan hospital mereka pada

waktu malam. Lampu yang dibawanya membawa

makna menjaga orang sakit, mengambil berat

terhadap kebajikan askar biasa, dan kebebasan bagi

wanita untuk memilih kerjaya mereka. Florence

dinamakan “wanita keramat hidup”. Tetapi

kejayaannya juga adalah kerana kebolehannya

mengatur dan mentadbir selok-belok kerja hospital.

UMUM 
KEWARTAWANAN

Kewartawanan ialah salah satu profesion

yang sangat penting. Ia memaklumkan kepada

rakyat tentang peristiwa yang berlaku dalam

masyarakat, negara, dan dunia. Laporan wartawan

juga membantu orang awam membentuk

pendapat tentang peristiwa semasa. Wartawan

memaklumkan kepada orang awam menerusi

beberapa cara komunikasi, terutama sekali akhbar,

majalah, radio, dan televisyen. Cara komunikasi

seperti ini kerap dirujuk sebagai akhbar atau media

berita.

UMUM 
TERAPI PERTUTURAN

Terapi pertuturan ialah rawatan masalah dan

gangguan pertuturan. Pakar dalam profesion terapi

pertuturan berusaha untuk membantu kanak-kanak

dan orang dewasa yang pertuturannya

mengganggu komunikasi, menuntut perhatian, dan

mengecewakan kedua-dua penutur dan pendengar.

Pakar ini, yang dikenali sebagai ahli terapi

pertuturan, menilai dan membetulkan pertuturan

cacat dan mengajar kemahiran bertutur yang baru.

Bidang terapi pertuturan sering dinamakan patologi

pertuturan, dan ahli terapi pertuturan kadangkala

dikenali juga sebagai ahli patologi pertuturan

bahasa, atau klinisian pertuturan.

UMUM 
SURUHANJAYA MONOPOLI DAN GABUNGAN

Suruhanjaya Monopoli dan Gabungan, menyiasat

keadaan monopoli dan gabungan dalam

industri dan profesion di Britain. Suruhanjaya ini

beroperasi di bawah arahan ketua pengarah untuk

perdagangan yang adil, dan setiausaha negara bagi

perdagangan. Kes yang disiasat biasanya dirujuk

kepada suruhanjaya oleh ketua pengarah kecuali

dalam kes perbadanan berkanun yang mesti

dirujuk kepada setiausaha negara dan menteri

yang berkenaan.

UMUM 
ZONTA INTERNATIONAL

Zonta International ialah pertubuhan

perkhidmatan di seluruh dunia bagi wanita

eksekutif dalam perniagaan dan bidang profesion

masing-masing.

UMUM 
PERSATUAN PERUBATAN BRITISH

Persatuan Perubatan British (British

Medical Association [BMA]) ialah persatuan

profesional sukarela bagi doktor. Ia ditubuhkan

pada tahun 1932 untuk meningkatkan taraf sains

perubatan dan sains yang berkaitan dan untuk

mengekalkan kehormatan dan minat terhadap

profesion perubatan.

UMUM 
12

Kembali ke atas