Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.fé.sio.nal] | ڤروفيسيونل

Definisi : (profésional) 1. yg berkaitan dgn (bergiat dlm) bidang profesion (spt undang­-undang, perubatan, dll): golongan ~; ahli ~; 2. berasaskan (memerlukan dsb) kemampuan atau kemahiran yg khusus utk melaksana­kannya, cekap (teratur) dan memperlihatkan kemahiran tertentu: setiap pengurus atau eksekutif dlm satu-satu firma harus tahu mengurus secara ~; 3. melibatkan pem­bayaran dilakukan sbg mata pencarian, men­dapat bayaran: mereka perlu mendapat bimbingan seorang jurulatih tenis ~; 4. orang yg mengamalkan (kerana pengetahuan, kepakaran, dan kemahirannya) sesuatu bidang profesion; memprofesionalkan menjadikan bersifat atau bertaraf profesional: persatuan bola sepak negeri itu tidak ketinggalan utk ~ pengurusan skuad negeri dgn melantik jurulatih asing; pihak pengurusan tertinggi jabatan memang serius dlm soal ~ jabatan dan anggotanya; keprofesionalan kemampuan yg khusus (sbg seorang profesional), keupayaan seorang profesional: usaha utk menumpukan perhatian pd aspek meningkatkan ~ guru bahasa dan sastera Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.fé.sio.nal] | ڤروفيسيونل

Definisi : /profésional/ 1 bkn profesion: golongan ~ golongan yg menjawat profesion tertentu (doktor, peguam dsb). 2 orang yg melakukan sesuatu pekerjaan (sbg ahli sukan, pelakon dsb) dgn sepenuh masa atau sbg mata pencarian: Misbun Sidek ialah pemain badminton ~. memprofesionalkan menjadikan bersifat atau bertaraf profesional: Persatuan itu berusaha utk ~ pengurusan pasukan bola sepak. keprofesionalan kemampuan khusus sbg profesional; keupayaan orang yg profesional: Pihaknya menggiatkan usaha utk meningkatkan ~ guru bahasa dan sastera Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata profesional


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ROTH, MARK

Roth, Mark (1951– ) ialah orang Amerika yang

menjadi pemenang hadiah wang utama sepanjang

masa dalam pertandingan boling profesional pada

tahun 1987. Roth juga memegang beberapa rekod

profesional lain dalam sukan boling. Dia membuat

pencapaian purata yang tertinggi di kalangan

pemain boling profesional sebanyak lima kali pada

tahun 1976, 1977, 1978, 1979, dan 1981. Purata

pencapaian yang dibuat sebanyak 221.662 pada

tahun 1979 telah mencipta satu rekod baru.

UMUM 
NUTTING, MARY ADELAIDE

Nutting, Mary Adelaide (1858–1948),

kelahiran Kanada, ialah pemimpin dalam

pembangunan profesional kejururawatan di

Amerika Syarikat. Dia berusaha untuk

mengukuhkan standard profesional dalam kedua-

dua lapangan pendidikan jururawat dan amalan

kejururawatan. Dia membangunkan beberapa

program latihan yang melengkapi pengalaman

amali di hospital dengan mengadakan panduan

kelas dalam aspek prinsip kejururawatan.

UMUM 
WOODS, TIGERPemain golf profesional dunia yang terkenal dengan catatan rekod pencapaian yang terbanyak dan juga pemain yang telah mencipta banyak sejarah sebagai pemain pertama dan pemain paling muda dalam arena sukan golf. Beliau merupakan pemain golf kulit hitam yang pertama dan yang paling muda menjuarai kejohanan U.S Junior Amateur. Beliau merupakan atlet terkaya dunia sepanjang tahun 2006.SUKANTokoh
THORPE, JIM

Thorpe, Jim (1887–1953), atlet serba boleh

terbaik dalam sejarah. Thorpe menjadi pemain

bola sepak kolej dan profesional Amerika dan

masyhur sebagai juara olahraga Olimpik. Dia juga

bermain dalam liga-utama besbol Amerika.

Dalam Sukan Olimpik tahun 1912, Thorpe

muncul sebagai atlet pertama yang memenangi

kedua-dua acara pentatlon dan dekatlon (lihat

Olahraga [dekatlon, heptatlon dan pentatlon]).

Tetapi lebih kurang sebulan kemudian, pingat

tersebut ditarik balik. Kesatuan Olahraga Amatur

memutuskan Thorpe seorang ahli sukan

profesional dan tidak layak bertanding dalam

Sukan Olimpik kerana dia didapati bermain

besbol dengan bayaran yang rendah. Pada tahun

1982, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa

mengembalikan pingat emas Thorpe dan

memasukkan namanya dalam senarai juara

Olimpik tahun 1912.

UMUM 
AUDIT

Audit ialah pemeriksaan dan penyemakan akaun

kewangan oleh juruaudit profesional (akauntan)

yang tidak terlibat dalam penyediaannya. Akaun ini

boleh jadi akaun organisasi awam, swasta, atau

organisasi bukan mencari keuntungan. Tujuan

audit adalah untuk memastikan akaun organisasi

memberi gambaran yang sebenar dan tepat

tentang aktiviti perniagaan. Audit adalah bahagian

yang penting dalam perakaunan .

UMUM 
MINSTREL

Minstrel ialah istilah yang digunakan dengan

meluas untuk merujuk kepada penghibur

profesional yang terkenal di Eropah semasa Zaman

Pertengahan. Minstrel terdiri terutamanya daripada

penyanyi dan pemuzik, tetapi terdapat juga

penglipur lara, penjugel, badut, dan ahli akrobat.

Penghibur kembara ini dikenali dengan pelbagai

nama di pelbagai negara. Mereka dikenali sebagai

troubadour dan jongleur di Perancis, minnesinger

di Jerman, skald di Scandinavia dan bard di Ireland.

Penyanyi kembara Inggeris yang awal dinamakan

scop . Nama minstrel kemudiannya digunakan

untuk penyair-pemuzik England.

UMUM 
PERSATUAN PERUBATAN BRITISH

Persatuan Perubatan British (British

Medical Association [BMA]) ialah persatuan

profesional sukarela bagi doktor. Ia ditubuhkan

pada tahun 1932 untuk meningkatkan taraf sains

perubatan dan sains yang berkaitan dan untuk

mengekalkan kehormatan dan minat terhadap

profesion perubatan.

UMUM 
ENGELS, FRIEDRICH

Engels, Friedrich (1820–1895) ialah ahli sains

sosial, wartawan dan revolusioner profesional

Jerman. Dia dikenali kerana kerjasamanya yang

erat dengan Karl Marx, pengasas Komunisme

revolusioner.

UMUM 
MARX, KARL

Marx, Karl (1818–1883), ahli falsafah, ahli sains

sosial dan revolusioner profesional berbangsa

Jerman.

UMUM 
SOROPTIMIST INTERNATIONAL

Soroptimist International ialah sebuah

organisasi perkhidmatan untuk ahli perniagaan,

eksekutif, dan profesional wanita yang terbesar di

dunia. Kelab ini mempunyai kira-kira 75 000 orang

ahli daripada lebih 75 buah negara. Hanya mereka

yang dipelawa sahaja yang boleh menjadi ahli.

Kelab ini mempunyai enam bidang aktiviti yang

utama: pembangunan ekonomi dan sosial,

pendidikan, alam sekitar, kesihatan, hak asasi

manusia, dan kemajuan taraf kaum wanita, serta

perasaan muhibah dan persefahaman antarabangsa.

Organisasi ini mengandungi empat persekutuan –

meliputi Amerika, Eropah, Great Britain, dan

Ireland, serta kawasan Barat Daya Pasifik. Kelab

pertama telah diberikan piagam pada tahun 1921 di

Oakland, California, Amerika Syarikat.

UMUM 
123

Kembali ke atas